MPR dan kenangan
Saban tahun MPR datang dan pergi. Dalam banyak keadaan, MPR pergi bersama-sama dengan peserta-pesertanya. Tidak ramai yang benar-benar menjadi dalam bidang penulisan kreatif hanya dengan menyertai MPR.
Saya telah lama menulis sebelum mengenali akan kewujudan MPR - Minggu Penulis Remaja yang pernah disebut juga Minggu Remaja. Inisiatif DBP untuk mengangkat penulis-penulis muda dan melatih penulis daripada peringkat rebung.
Apabila tidak ramai penulis yang benar-benar 'menjadi' ataupun 'membesar' hasil daripada program ini, ada yang menuding jari kepada DBP. Belanja besar dikeluarkan untuk mereka ini, makan minum ditanggung, diperkenalkan dengan penulis-penulis mapan, sasterawan negara dan diberi pelbagai kemudahan penulisan, namun ada hilang begitu sahaja.
Bagi saya, jaya jatuh seorang penulis bukanlah tanggungjawab penganjur. Penulis yang benar-benar menjadi mestilah ada kesedaran dari dalam dirinya. Untuk apa dia menulis? Apa nawaitunya? Jika betul-betul terarah, seorang penulis sebenarnya tidak memerlukan banyak bengkel untuk menulis. Yang penting, penulis itu mestilah menulis. Jika hadir 10 bengkel sekalipun, tetapi tidak sebaris pun menulis; tiada gunanya juga.
MPR ataupun apa bentuk bengkel penulisan adalah pemangkin, tempat memberi rangsangan untuk menulis. Adakalanya selepas menghadiri bengkel penulisan, majlis sastera dan segala yang berkaitan dengannya, saya merasa terangsang untuk menulis. Kejayaan teman-teman penulis dijadikan satu kayu ukur cabaran.
Tahun ini MPR bakal berlangsung di Ilham Resort Port Dickson. Saya dipelawa oleh DBP untuk menjadi pendamping. Saya terima. Inilah masa saya untuk berkongsi ilmu dengan calon-calon penulis yang benar-benar berkualiti.
Saya masih ingat MPR '93 yang saya hadiri di Kuala Lumpur ketika itu. Juga tidak ramai penulis seangkatan yang mengekalkan stamina menulis. Saya tetap rindukan karya-karya mereka. Namun ada yang terlibat secara khusus dalam bidang penulisan non-kreatif, seperti Ade Irma Suryani Che' Leh - kini wartawan majalah Wanita (kalau tak silap saya), Puteri Junaidah Megat Yunus mungkin sudah sibuk dengan kerjayanya. Yang lain entahlah.
Saya juga hampir 'hilang'. Sesekali timbul tenggelam dalam dunia penulisan. Saya sedar bukan mudah untuk mengekalkan diri menulis. Namun, tidak akan saya sia-siakan ilmu yang pernah diturunkan oleh Allahyarham Dr. Othman Puteh, Prof. Rahman Shaari dan sokongan teman-teman dan pembimbing yang turut sama memberi dorongan.

Ulasan