Salam Maria di Kota Bharu
Insya-Allah, petang ini saya akan berangkat ke Kota Bharu. Ada Bicara Buku-buku Fatimah Busu : Salam Maria, Keajaiban Alam, Apa Ada Di Sana (Versi Dunia) dan Proses Penulisan Kreatif. Khabarnya setiap buku akan dibicarakan oleh 2 orang panel. Oleh itu ada 8 panel kesemuanya. Ramai juga. Mungkin acara ini akan berlangsung hingga ke petang.
Ramai yang mengenali Fatimah Busu melalui novel Ombak Bukan Biru. Sepatutnya sudah dimasukkan ke dalam Siri Novel Abad Keduapuluh (DBP & Rhythm) tetapi sehingga kini bayang novel itu pun masih belum nampak.
Pelajar Tingkatan Tiga pula pasti ingin cerpennya Anak Bumi Tercinta yang menjadi teks KOMSAS dalam buku yang memakai judul yang sama. Cerpen-cerpen Fatimah memang mudah tetapi mempunyai makna yang cukup dalam. Begitu juga cerpen Nasinya Tumpah (pernah dijadikan drama, Marlia Musa memegang peranan utama). Cerpen-cerpennya sangat berkesan. DBP telah pun menerbitkan kumpulan cerpen beliau berjudul Bunga-bunga Pulau yang menghimpunkan banyak cerpen beliau yang terbaik di dalamnya.
Selepas ini novel berikut beliau (yang akan terbit dalam 2 jilid) ialah The Missing Piece, kesinambungan kepada Ombak Bukan Biru.
Mengapa saya pula ke sana? Dalam hal ini, saya mangkuk pun bukan sudu pun bukan. Tetapi teringin hendak mendengar karya Fatimah Busu dibicarakan. Saya tempah tiket 3 bulan dulu. Dapat tiket Airasia RM29.90 pergi dan RM29.90 balik. Not bad! Tak sia-sia tempah awal. Selain itu, saya juga membawa beberapa karya Fatimah Busu yang akan dibicarakan. Pun tak boleh nak bawa banyak sangat. Airasia menghadkan kepada 15kg sahaja.
Saya sudah baca karya-karya Fatimah Busu. Jadi inilah masa yang terbaik untuk bertukar-tukar pendapat dengan panel pembicara. Novel beliau sangat menarik, terutama sekali Salam Maria. Memang saya syorkan pada peminat novel yang ada "isi". Namun novel ini disampaikan dalam bentuk yang tidak terlalu serius. Membacanya boleh mendapat faedah, manfaat dan banyak ilmu baru. Sayangnya novel ini tidak luas pasarannya. Setakat ini saya tidak jumpa di kedai-kedai. Oleh itu, Ujana Ilmu mengambil inisiatif memasarkan buku ini secara online.
Beli novel Salam Maria di sini.
Sinopsis dan komen tentang Salam Maria :
Maria Zaitun dalam Salam Maria adalah satu figur yang diambil daripada figur Maria Zaitun dalam W.S. Rendra, Nyanyia Angsa. Kedua-duanya hidup dalam masyarakat yang sakit. Namun kedua-duanya menjadi orang-orang pilihan di akhirat. Maria Zaitun disuntik dengan imej Wali Allah, Rabeah Al-Adawiyah dan Sayyidah Nafisah dan empat wantia penghulu syurga, Siti Khadijah binti Khuwailid, isteri pertama Rasulullah SAW, Mariam binti Imran, bonda Nabi Isa AS, Asia, isteri Firaun dan Fatimah Az-Zahra, puteri bongsu Rasulullah SAW. '
Justeru hidup Maria Zaitun hanya untuk mencari keredaan Allah SWT. Balasan di akhirat untuk Maria Zaitun dibayangkan dalam mimpi para pesakit pengsan misteri di hospital yang pengsan selama 2 tahun 2 bulan 2 minggu 2 hari. Bayangan itu ialah tentang wakaf marmar, hidangan dalam dulang emas, perak dan telaga susu di sepanjang jalan yang lurus, lebar dan sunyi untuk Maria Zaitun sebagai seorang hamba pilihan di akhirat kelak.
Igauan ini membangkitkan kegilaan masyarakat untuk bertemu dengannya. Malangnya, sedang mereka kelam kabut mencarinya, Maria Zaitun sudahpun dimaqamkan oleh beberapa orang yang daif, buta, bisu dan pekak dengan pengawasan para malaikat.
Di bawah tajuk Hijrah, manuskrip ini telah disiarkan secara bersiri di dalam Majalah Horison, Jakarta, pada tahun 1982, dengan inisiatif Profesor H.B. Jasin.
"The picture Fatimah Busu paints of Malay society and Malay wives is not flattering in this story. Ini this story, the social sanctions against Maria Zaitun are evil and far from basic Islamic teachings of compassions. To reveal that in a convincing way the writer uses the dream, an important stylistic tool in Malay Literature. In the dream, the inner truth of islam and teaching of the Prophet are communicated."
Dr. Lisbeth Littrup, Changing Concepts of identity in Malay Literature After 1957.
Lagi tentang Fatimah Busu dalam Ujana Ilmu : Koleksi Fatimah Busu

Ulasan