Puisi Untuk Esdyzuar - Derita Paling Nikmat
Zaid Akhtar usai menyudahkan novel bersirinya Salju Sakinah di Utusan Malaysia rabu lepas. Dia meninggalkan novel itu dengan hati yang lega dengan pengakhiran yang saya percaya memuaskan hati pembaca setianya. Saya juga tertarik dengan ruangan profil yang disediakan pada hujung tulisan tersebut. Tulisan tersebut boleh dibaca di sini.
Menulis novel bersiri itu satu derita yang nikmat. Amat menjerakan ketika sedang menghasilkannya. Memerah idea, mengejar tarikh untuk menghantar bab kepada editor. Adakalanya sedikit tergesa.
Novel bersiri saya di Tunas Cipta - Puisi Untuk Esdyzuar juga bakal berakhir pada Februari 2006. Tulisannya mesti disudahkan tahun ini juga bagi memudahkan urusan pengeditan. Banyak juga peristiwa pahit manis yang saya lalui ketika menulis novel ini. Novel ini membesar mengikut rentak novel bersiri. Ia bebas dan menulisnya sangat memberikan kepuasan. Hampir 2 tahun sama-sama mengikuti perkembangan Esdyzuar, menyelami dunia yang asing tetapi mengujakan. Hubungan istimewanya dengan Aidynna, helaian-helaian persoalan yang semakin terselak jawapannya, serta misteri wanita bernama Shomu juga dapat dijawab perlahan-lahan.
Sifat sebuah novel bersiri (setelah menulisnya) saya dapati hendaklah episodik - setiap bab yang tersiar hendaklah mempunyai perkembangan cerita yang tersendiri, tetapi harus ada satu episod yang bersifat agak lengkap. Namun, ia memerlukan satu pengakhiran yang benar-benar memancing yang saya istilahkan sebagai cliffhanger. Ia bukanlah tergantung tetapi sengaja dibiarkan terhenti agak tiba-tiba bagi membuat pembaca merasa tidak puas dan ingin tahu apakah yang akan terjadi seterusnya.
Berbeza dengan cerpen yang mesti ada satu kesan dan satu cerita yang tidak beranak-anak, novel pula adalah yang sebaliknya. Dalam setiap bab novel itu boleh menceritakan dua atau lebih kisah-kisah yang akan berkembang lagi dalam bab-bab yang seterusnya. Kebijaksanaan penulis ialah cara menyusun plot tersebut supaya difahami pembaca, membawa pembaca menggulati novel tersebut dengan cara yang meyakinkan. Saya juga percaya, penulis yang bertanggungjawab ialah penulis yang memberi ruang kepada pembaca untuk menafsirkan beberapa hal dalam novel ini tersebut.
Ini bermakna, pembaca turut diberi peranan dalam membaca novel tersebut. Dengan yang demikian, penulis memberikan nikmat itu kepada pembacanya. Tetapi nikmat tersebut tentunya dapat dinikmati oleh pembaca yang mempunyai kebolehan berfikir ataupun daya taakulan yang baik. Saya tidak menafikan bahawa ada ramai pembaca yang tidak mahu berfikir ketika membaca. Kumpulan ini lebih gemar dilambakkan segala jawapan dan perkara-perkara yang sepatutnya tidak perlu diberitahu pun, harus diberitahu, kerana mereka malas hendak berfikir.
Apa boleh buat, mereka ini golongan ini malas berfikir kerana mempunyai alasan bahawa membaca itu juga seperti menonton filem yang tidak perlu berfikir, kerana bagi mereka membaca itu aktiviti mengisi masa lapang sahaja. Tidak lebih daripada itu.
Penikmat buku tidak pernah sesekali merasa demikian.
Insya-Allah, selepas bab terakhir Puisi Untuk Esdyzuar tersiar pada bulan Februari 2006, baton ini akan saya serahkan kepada Faisal Tehrani, seperti mana Zaid Akhtar menyerahkannya kepada Iman Al-Hakim @ Luqman Hakim Abdullah. (Rujuk Salju Sakinah, siri akhir, pada bahagian hujung).
Derita yang nikmat ini bakal berakhir. Namun, sepatah kata Zaid, penulisnya akan tetap merindui saat-saat derita itu. Seperti seorang ibu yang hamil, segala derita yang dirasakan semasa mengandung dan derita saat-saat melahirkan anak, semua itu terhapus dengan seribu kegembiraan sebaik sahaja anak itu diserahkan ke dalam dakapannya!

Ulasan