Rabu, Disember 21, 2005

Tahun yang hampir sampai ke penghujungnya

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum 2005 menutup tirainya. (Alahai, klisenya ayat!) Banyak perkara yang perlu dimuhasabahkan. Berapa banyak impian yang tak sempat dilaksana. Berapa banyak azam baru yang sedang dipasang. Berapa banyak impian lama yang tertunggak dan mesti dilaksanakan.

Paling penting, berapa banyak ibadat khusus dan umum yang barangkali tertinggal?

Semester kedua bakal bermula 27 Disember nanti. Alhamdulillah, saya lulus peperiksaan semester lepas. Tinggal satu semester sahaja lagi sebelum peringkat Sarjana ini selesai. Terima kasih kepada doa kawan-kawan juga.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails