Muslimah Malaysia = Apartheid
"In our country, there is an insidious growing form of apartheid among Malaysian women, that between Muslim and non-Muslim women. We are unique in that we actively legally discriminate against women who are arguably the majority in this country, Muslim women. Non-Muslim Malaysian women have benefited from more progressive laws over the years while the opposite has happened for Muslim women."
"I, along with a lot of my friends, are just so angry about the situation. We're so angry about the family law which was passed through parliament.""As non-Muslim women catch up with women in the rest of the world, Muslim women here are only going backwards."
"Only in Malaysia are Muslim women regressing; in every other Muslim country in the world, women have been gaining rights, not losing them."
"Today is International Womens Day. Unfortunately only about 40 percent of the women in this country can celebrate. The rest can only look at their non-Muslim sisters in despair and envy," Mahathir concluded in her column."
Persoalannya, apa lagi yang wanita-wanita ini mahu. Sebagai Muslimah, saya melihat sudah tidak ada apa-apa lagi yang wajar diperjuangkan. Wanita Islam sudah mendapat emansipasi ini sejak kedatangan Rasulullah. Sejajar dengan itu, doktrin bahawa Islam membawa kebebasan untuk wanita telah disokong dalam Adat Perpatih. Wanita dalam Adat Perpatih amat dimartabatkan, tetapi bukan diagung-agungkan.Jadi kebebasan yang bagaimana lagi? Mahu tanggal tudung dan bebas memakai skirt pendek dengan blaus yang boleh mendedahkan lurah. Duduk terpaksa senget-senget sebab nak tutup itu dan ini. Bukankah senang apabila bertudung, dan berpakaian sempurna. Semuanya tertutup.
Mempertikaikan tentang kesaksian wanita? 2 orang saksi wanita itu sama dengan 1 orang saksi lelaki. Rasionalnya: wanita tidak diberikan tanggungjawab menjadi saksi. Bukan senang jadi saksi. Saksi yang tidak adil akan mendapat balasan di akhirat. Islam tidak mahu memberikan tanggungjawab demikian kepada wanita. Dalam erti kata lain, wanita itu tidak perlu jadi saksi melainkan dalam kes-kes yang melibatkan ilmu tentang wanita dan kewanitaan.
Wanita tidak diwajarkan menjadi hakim. Diskriminasikah itu? Alangkah bertuahnya wanita Islam. Tidak perlu bersusah payah mendengar pertelingkahan sepanjang hari, menyendiri dan tidak boleh bercampur bebas dalam masyarakat kerana hakim itu kedudukannya demikian. Namun sebagai wanita biasa, wanita itu bebas sahaja ke mana-mana dengan muhrimnya.
Wanita mesti bersama muhrim? Adakah itu bebas? Bukankah muhrim itu boleh bertindak sebagai pengawal peribadinya? Kalau semua wanita keluar dengan muhrimnya, dia tidak mudah diganggu, atau diserang, diragut beg tangan dsb.
Tahukah wanita Muslim sekalian bahawa wanita itu hanya wajib menjadi isteri. Tanggungjawab masak dan jaga anak itu bukan tanggungjawab hakiki seorang isteri. Terkejut? Memang benar. Tanggungjawab utama seorang isteri hanyalah melayan suaminya. Isteri itu ratu dalam rumah tangga. Isteri bukan orang gaji ataupun pembantu rumah ataupun pengasuh.
Namun, atas dasar ihsan dan kerjasama dan untuk berjimat cermat seperti yang digalakkan oleh Islam, isteri boleh membantu suaminya. Apabila dia ikhlas membantu suami dan keluarganya, ada ganjaran yang disediakan Allah SWT. Tetapi mereka yang tidak memahami akan mengatakan memasak, membasuh, menjaga anak dan segala yang berkaitan dengan rumah ialah tanggungjawab isteri. Selepas itu, apabila isteri sudah terlalu letih, dia tidak dapat menjalankan tanggungjawab hakikinya iaitu menjadi isteri. Suami pun kecewa. Isteri tidak melayan hajatnya. Lantas pasang cawangan baru.
Salah isterikah? Bukan salah suami yang tidak memahami keadaan sebenar dalam rumah tangga.
Adakah undang-undang berpoligami hari ini memudahkan suami menambah cawangan? Saya sudah menulis tentang ini dalam entri berjudul Poligami Lagi dan Mari Berpoligami.
Kebebasan bagaimana lagi yang Muslimah Malaysia perlukan? Takut harta diambil suami? Bukankah harta itu daki dunia. Adakah sebagai insan kita masih lagi bergantung kepada harta dunia? Ke manakah perginya rasa bergantung kepada Allah? Bukankah apabila Allah mengambil sesuatu daripada kita, dia akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Sudah terhakiskah rasa percaya terhadap qada' dan qadar kepada-Nya?
Saya teringat pada kisah seorang wanita Islam yang berkahwin dengan seorang lelaki bukan Islam. Sebagai isteri, saya tidak nampak dia 'memimpin' suaminya ke arah jalan yang sebenar. Malah saya melihat si isteri yang lebih 'barat' daripada orang barat. Anak-anaknya sedaya upaya dihantar ke luar negara kerana bimbang malaysia akan jadi seperti pemerintahan rejim Taliban. Anak-anak gadisnya akan 'dipaksa' bertudung mengikut sistem pelajaran di Malaysia yang dikatakan jumud.
Kasihan wanita ini. Sayang sekali, saya tidak dapat membantunya. Saya percaya, dia memandang saya yang bertudung ini sebagai wanita yang tidak terbuka fikiran. Tidak mengapalah, semua orang bebas menyuarakan pendapat, saya kira.
Namun saya percaya. Islam ialah pelindung. Suami Islam yang benar-benar memahami ajaran adalah dua kali pelindung kepada isteri. Isteri pula ada banyak hak dalam Islam. Pandai-pandailah menggunakannya asalkan jangan disalah gunakan.
Wallahu'alam.
Ulasan