Ura-ura Tentang Tunas Cipta
Saya, Faisal dan beberapa kawan-kawan yang lain telah mendengar tentang ura-ura 'penutupan' Tunas Cipta ini daripada sumber yang berbeza. Tetapi sumber-sumber ini memberitahu berita yang hampir sama - iaitu TC akan diberhentikan. Ertinya selepas satu tempoh yang dikenal pastinya (khabar angin mengatakan : edisi terakhirnya Disember 2006), majalah ini akan menjadi satu sejarah.
Seperti yang dicuit oleh Faisal dalam komen beliau yang lalu, berapa ramaikah antara kita yang mahu mempertahankan majalah ini? Kalau ada bagaimana kita boleh mempertahankannya? Mahu berdebat dengan Johan Jaafar? Selagi dia pengerusi dalam apa-apa forum dan ruangan pun, orang lain tentunya tidak akan dapat bercakap.
Jadi, kita semua dan adik-adik saya yang pernah membesar dengan TC akan melihat sahaja majalah ini berkubur sebelum waktunya.
Bukan itu sahaja. Majalah-majalah yang difrancaiskan ke Karangkraf/Media Network (yang pangkalnya ada Dewan juga akan kembali ke DBP. Ada yang benar-benar kembali dan ada yang tercicir di tengah jalan.
Sekadar sesuatu yang boleh dimuhasabahkan sempena 20 tahun Minggu Penulis Remaja (MPR) tahun ini. Apakah MPR bakal mencatat perkembangan yang positif ataukah satu majalah untuk penulis muda bakal berkubur...
Salam,
Dato Johan Jaafar yang selalu tak bagi can kepada panel pembangkang dalam debat perdana tu dah jadi ketua lembaga pengelola DBP.
Adakah dia akan mati dan hapuskan Tunas Cipta ini?
Adakah...adakah? Dan kalau nak dimatikan sudikah adik-adik ini mempertahankan majalah yang susah nak dapat di Jasin, Segamat, Peringgit, Sungai Mengkibol, Pangkalan Chepa, Batu Feringgi, Arau dan Batu Belah ini?

Ulasan