Jumaat, Ogos 11, 2006

Tulang2 Berserakan

Tulang2 Berserakan.

Ya, Inilah satu-satunya novel Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang. Ia pernah diterbitkan oleh satu penerbit lain sebelum DBP mengambilnya untuk diterbitkan dalam siri Sasterawan Negara. Tetapi seperti biasa DBP & Dawama tak pandai jual buku, jadi ramai yang tak tahu kewujudan novel ini.

Kini novel ini telah diterbitkan semula oleh waris-waris Allahyarham dalam edisi mewah berkulit keras. Setanding kualitinya dengan novel antarabangsa, sebaik buku-buku Wira Bukit (Penerbit buku-buku A.Samad Said terkini). Memang tidak rugi memilikinya.

Sengaja saya uar-uarkan di sini sebelum ia dijual sepenuhnya oleh Ujana Ilmu. Dalam satu dua hari lagi, apabila anda membuka laman www.ujanailmu.com.my, insya-Allah, buku ini sudah boleh dibeli secara online dengan harga RM50 senaskhah (tidak termasuk kos penghantaran).

Perlukah saya perkenalkan lagi siapa itu Usman Awang?

Bagi mereka yang berminat, sila tinggalkan nama dan e-mel yang boleh dihubungi jika mahu memesan. Boleh kira berapa orang yang benar-benar minat untuk mendapatkan khazanah Sasterawan Negara ini.

** Buku ini sudah boleh dibeli secara online dari Ujana Ilmu.

5 ulasan:

Rem berkata...

Saya pernah membaca tentang novel itu, tapi tak pernah jumpa dengan novel itu sendiri. Nanti saya email sebab ada lagi satu buku lain yang baru saya jumpa dalam Ujana.

Hmmm... apa sudah jadi dengan DBP? Mengembangkan sastera dan Bahasa Melayu tidak cukup dengan hanya menerbit dan mencetak. Yang lebih penting, memastikan ia sampai kepada kelompok sasaran. Dan memang inilah yang DBP lembab.. sejak dulu hingga sekarang. Bila sudah 'diswastakan' (DAWAMA) - masalahnya tetap sama..

annyss berkata...

Rem,
Buku ini memang bagus tetapi DBP sendiri tidak percaya dengan produknya. Jadi, tak perlu disebut lagi tentang kelembapan pemasaran pihak-pihak tertentu kan? Memang sudah menjadi fakta.

Nazhatulshima Nolan berkata...

Nisah,
Saya nak satu. Bila saya dah bank in duit, saya sms. Terima kasih.

annyss berkata...

Shima,
Kalau boleh order secara online ya, sekurang-kurangnya nama dan alamat anda akan berada dalam sistem, lebih senang untuk diuruskan. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

saya mmg marah dgn DBP
saya pergi kedai yg ada logo DBP
apa yg ada? semua nya majalah komersil kontemporari!!! selain buku teks. jenuih saya bertanya saban minggu dengan pemilik buku tentang novel bau. tak ada katanya lagi. nak tak nak saya kene drive jauh sehingga ke ipoh dan teluk intan utk dapatkan novel terbitan dbp. itu pon saya jumpa di gerai kecil di stesen bas!!

ape cerit?

p/s: tahniah dgn kewujudan ujana ilmu. apa terima GIRO BSN (visa electron) utk urursan jual beli?

- xi daya de pengyou

Related Posts with Thumbnails