Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus

Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus
Harga : RM22.00


Kelahiran ini seperti tidak diduga - atas kehendak-Nya jua.

Petang ini akan berlangsung Pelancaran Buku Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus bersama-sama dengan Pesona Cinta Buku (Yayasan Pembangunan Buku Kebangsaan & Bukuonlne).

Ini kumpulan cerpen saya yang kedua selepas Impian Tsu-Ryi. Ada juga yang mengatakan ini kumpulan cerpen saya yang ketiga, kalau mahu mengambil kira kumpulan cerpen mini saya Lading Masih Di Tangan.

Mengandungi himpunan 15 buah cerpen satu dekad - 1996 hingga 2006. Antaranya :

  • Persidangan Agung Wanita Klasik
  • Resipi Dari Istana
  • Presiden Rebecca
  • Konspirasi
  • Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus
Pelancaran akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan sempena Pesta Buku dan Multimedia Negeri Sembilan. Entahlah, barangkali ini yang dinamakan rezeki. Alhamdulillah, Impian Tsu-Ryi dilancarkan oleh MB Negeri Sembilan yang lama, Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus merasa sentuhan MB yang baru pula.

Kepada yang sempat membaca catatan ini di pagi hari, jemputlah ke majlis pelancarannya seperti butiran yang berikut :

Tarikh : 11 September 2006
Masa : 2.00 petang
Tempat : Plaza Seremban, Jalan Dato' Muda Linggi
Perasmi : YAB Menteri Besar Negeri Sembilan

Terlalu banyak juga suka duka untuk menyaksikan kelahiran kumpulan cerpen ini. Tentu sahaja setiap kelahiran itu mempunyai cerita yang tersendiri...

Buku ini siap pada tanggal 15 Syaaban 1427 - sengaja dipilih tarikh itu sempena umat manusia bertukar buku amalan, mendapat buku baru - saya pun mahu sebuah buku baru lahir pada saat itu.

Pelancarannya 11 September 2006 - adakah saya mengharapkan satu ledakan? Tarikh ini tidak saya rancang, itu kebetulan semata-mata. Apa sangatlah yang boleh saya harapkan dengan jualan sebuah kumpulan cerpen di Malaysia ini. Tentunya, terbitan ini lebih kepada bentuk dokumentasi, bukan semata-mata kerana untung.

Paling manis, inilah terbitan sulung Ujana Ilmu Enterprise. Maaf, kalau buku yang dicari tidak ditemui di Ujana Ilmu dalam sehari dua ini. Kami sibuk di Pesta Buku sehingga 17 September ini.


Ulasan

Unknown berkata…
Cik Nisah,

Tahniah di atss kelahiran karya terbaru.

Saya akan dapatkannya di ujanailmu.com. Kali ini tiada alasan lagi. Pastikan ianya bertandatangan! :)
Tanpa Nama berkata…
Tahniah!

Ooooo.. ini yang Pak Samad kata makin ranum. Tiba-tiba saya teringat tentang 'Cinta Sangkuriang' itu. Rasanya 5 tahun dulu, ada pelajar UMS pentaskan itu sebagai teater. Pementasan saja-saja. Ala, aktiviti budak kolej.

Tak pasti sama ada ia adalah rekaan yang baru (tapi tak kan nak curi 'judul' penulis popular, kan) atau satu adaptasi daripada tulisan Nisah (kepada bentuk drama pentas). Tak sempat pegi tengok.

Salam.
Zamri Mohamad berkata…
Sangkuriang? oh namanya sama dengan kawasan gunung berapi di indonesia.
Yang bernama Siti berkata…
Tahniah Saudari Nisah,
Malang saya tak terbaca entri tentang pelancaran buku ini waktu saya melawat ke blog ini semalam. Kalau tidak tentu saya akan ke sana.
tuan tanah berkata…
Uwahhh... tahniah!

kalau disuruh pos ke Ireland, mahu yang ditandatangani ya! :)
Waris Jagat berkata…
Tahniah atas kelahiran yang terbaru...Insyaallah saya akan dapatkan...
Waris Jagat berkata…
Tahniah atas kelahiran yang terbaru...insyaallah kali ini akan dibeli bukan diberi...
dahirisaini berkata…
tahniah. saya terkesan sekali bila membaca karya2 anda, sesuatu yang jelasa ttg pelbagai retorika dalam sastera.

salam.
Nisah Haji Haron berkata…
Jiwarasa,
Terima kasih atas sokongan. Insya-Allah, CSRO akan berada di laman www.ujanailmu.com.my selepas habis Pesta Buku Negeri Sembilan. Maaflah, webmasternya sibuk, kena jaga gerai. Inilah cabarannya jika kekurangan sumber tenaga manusia.

Rem,
Sangkuriang itu kisah cerita rakyat Indonesia. Jadi, sesiapa pun boleh sahaja menggunakan nama itu. Bila nak pulang ke KK?

Motivasi Minda,
Ya, khabarnya, Sangkuriang sudah dijadikan nama tempat di Indonesia juga. Ada juga saya jumpa nama jalan, Jalan Sangkuriang.

Tuan Tanah,
Tentu sahaja boleh dipos ke Ireland, tandatangan percuma! :)

Amjarni,
Terima kasih.

dahirisaini,
Saya masih lagi belajar banyak perkara dalam penulisan. Marilah sama-sama kita semarakan dunia sastera tempatan.


ikhlas,
Nisah Haron

Catatan Popular