Selamatkah wang kita?
Ramai anggap berisiko guna perbankan Internet
KUALA LUMPUR 12 Okt. – Mudah tetapi berisiko. Itulah pendapat orang ramai mengenai penggunaan perbankan Internet untuk menggantikan cara perbankan konvensional.
Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati, kebanyakan orang ramai was-was dan enggan memilih cara perbankan Internet sebagai alternatif kepada perbankan konvensional.
Seorang pelajar kolej, Hasinur Zaemah Rasyiqah Hashim, 23, berkata, dia tidak pernah menggunakan perbankan Internet kerana tidak yakin dengan sistem keselamatannya.
‘‘Saya berasa tidak selamat kerana perbankan Internet tidak dibekalkan sebarang dokumen yang boleh membuktikan transaksi bank dijalankan.
Pelajar sekolah menengah, Daniel Tan, 17, juga memilih untuk tidak menggunakan sistem perbankan Internet kerana tahap keselamatannya boleh dipertikaikan.
‘‘Penjenayah sekarang semuanya canggih-canggih, mereka menggunakan kepakaran teknologi untuk mencuri wang simpanan orang lain.
‘‘Saya takut jika maklumat rahsia saya dicuri dan disalahgunakan,’’ ujar Daniel.
Seperti Daniel, seorang suri rumah, R. Thanam, 33, juga berasa was-was terhadap urusan perbankan secara dalam talian.
‘‘Simpanan saya adalah hasil titik peluh saya. Oleh itu, saya mesti berhati-hati dan pastikan tiada orang yang cuba mengambil kesempatan,’’ katanya.
Hapsah Mahammadon, 60, pula berkata, pelbagai jenayah komersial berlaku sekarang ini dan ia amat membimbangkan.
‘‘Bukan setakat perbankan Internet, malahan saya berasa bimbang untuk menggunakan kad bank dan kad kredit,’’ katanya.
Alhamdulillah, setakat ini, saya pengguna perbankan internet yang sangat berpuas hati. Saya tidak ada masalah setakat ini apabila membayar bil sambil minum kopi ataupun memindahkan sejumlah wang dari satu bank ke bank yang lain tanpa risiko dirompak di tengah-tengah jalan.
Sungguh, risiko itu ada di mana-mana. Mengapa hanya menyalahkan cara ini? Jika tiada perbankan internet, bagaimana orang dari Sabah mahu buat bayaran dengan cepat dan selamat kepada penerima di Seremban?
Merujuk kepada komen di atas, rata-rata yang bercakap itu jelas sekali tidak pernah menggunakan perbankan internet. Belum cuba tetapi sudah buat andaian negatif.
Kebanyakan yang dikatakan 'terkena' itu saya anggap masih belum dapat menguasai teknologi. Kalau pakar komputer pun beranggapan demikian, bererti dia belum lagi pakar.
Jika benar urus niaga perbankan internet tidak lagi selamat, marilah kita semua 'membuang masa' menunggu giliran berjam-jam di bank hanya untuk memasukkan sekeping cek!
Ulasan
Syukur alhamdulillah, setakat ini saya belum pernah mengalami masalah dalam penggunaan sistem tersebut, malah terlalu banyak faedah yang saya perolehi, namun tidak salah untuk kita berwaspada, saya bukannya pakar IT, tetapi itu bukan alasan untuk tidak menggunakan IT, tidak keterlaluan, disebabkan sudah menjadi lumrah, selalu menggunakan cara ini, hingga ada rakan dalam bidang IT, sendiri bertanya, untuk mendapat lebih pengetahuan tentang perkara ini. # sambil mengajar anak diwaktu malam, boleh menghantar wang kepada ibu di kampung.
Saya dan keluarga juga senang menggunakan perkhidmatan pembayaran melalui internet, dan ternyata mudah dan cepat,tambahan pula untuk yang bekerja di pejabat dan menggunakan kemudahan internet online sepenuh masa.sangat digalakkan.kalau fraud dan penipuan tu semua berpunca kepada kurangnya waspada seseorang itu sendiri, pastikan kita sentiasa gunakan laman web rasmi bank/syarikat-syarikat yang kita berurusan.air asia juga menggunakan perkhidmatan online secara total, lihat betapa berjayanya mereka!
kita terlalu cepat percaya 'will smith masuk islam' atau 'neil armstrong dengar azan di bulan'. tapi kita terlalu lambat. terlalu negatif dalam hal macam ni.
-silence-
Perbankan menggunakan online ada kebaikan dan keburukan.Memandangkan saya mengambil subjek IT security semester ini.Biar saya terangkan ttg keselamatan penggunaan perbankan melalui online.sebagai pengguna anda mesti pastikan bahawa laman web tersebut mempunyai digital certificate.fungsi digital cetificate adalah utk memastikan laman web itu mmg kepunyaan bank tersebut.Selain itu juga, ia mempunya physical security iaitu terdapat padlock pada laman web tersebut.contohnya maybank2U.klu kita lihat pada bawah dan hujung laman web tersebut terdapat padlock menandakan ia terjamin keselamatannya.selain tu ia bermula dgn https//bukannya http sahaja.s bermaksud security ttp anda juga kena berhati - hati kerana ada juga mereka yg kami kenali sebagai fisher membuat dan menggunakan laman web yg sama utk mengelirukan pengguna utk memasukkan password anda.Sekiranya anda menerima e mail yg mengatakan sesuatu mengenai akaun anda pastikan ada menghubungi bank tersebut utk mendapatkan kepastian.
itu sahaja yg boleh saya bantu.