Ada Apa Dalam Beg Tangan Penulis?
Kata orang, penulis suka bawa beg besar. Macam-macam hendak dibubuh dan 'disumbat' dalam beg tersebut. Benarkah?
SN A. Samad Said juga tidak pernah tinggal dengan imej beg sandangnya. Sesiapa yang biasa berbual dan bertemu dengan Pak Samad, pastinya tahu (lebih kurang) apa isi dalam beg sandangnya. Sekurang-kurangnya ada pen 3 warna dan buku catatan. Kadangkala Pak Samad ada kertas yang diambil daripada kertas terpakai. Pernah Pak Samad menceritakan suatu masa dahulu bahawa dia tidak membuang sampul surat yang diterima. Sampul surat itu akan dibuka elok-elok kesemua tempat yang bergam dan dijadikan tempat catatannya.
Pak Samad akan bawa beg sandang yang sama (berdasarkan pemerhatian saya) walau ke mana-mana sekalipun dia pergi. Sama ada ketika berjalan-jalan di tempat-tempat rutin ataupun ke majlis-majlis rasmi.
Tak kiralah sama ada mahu bawa beg ataupun tidak, setidak-setidaknya penulis mesti ada tempat untuk meletakkan buku catatan ataupun buku bacaanya. Mungkin penulis lelaki sudah cukup dengan buku catatan dan pen yang boleh disimpan dalam kocek sahaja. Pemerhatian saya penulis mapan, semuanya ada tempat untuk mencatat. Melainkan mereka yang mempunyai kapasiti memori otak yang tinggi, kumpulan ini tidak akan mencatat, sebaliknya merakam dengan minda.
Tetapi bagi saya yang cepat lupa, segalanya perlu dicatatkan. Jika tidaknya, ilham, maklumat, fakta yang penting itu dengan mudahnya hilang secepat kemunculannya.
Saya kira sikap ini adalah sikap yang praktikal (dalam hal beg). Peribadi, saya juga tidak gemar bertukar beg tangan hanya supaya ia padan dengan warna baju atau kasut yang dipakai. Saya sangat jarang melakukan demikian. Terlalu banyak item penting berada dalam beg tangan saya untuk sentiasa keluar-masuk isinya apabila beg tangan perlu ditukar. Lantas, saya memilih untuk menggunakan satu beg yang sesuai untuk semua acara.
Dengan bilangan yang boleh dibilang dengan sebelah jari, saya menggunakan beg tangan kecil yang sesuai untuk majlis makan malam. Pun, saya sangat kurang selesa menggunakan beg tersebut. Sudahlah kecil, banyak benda yang biasa ada di dalam beg tangan biasa, tidak boleh saya masukkan dalam beg tangan kecil itu.
Jadi, saya akan terus memilih untuk menggunakan beg tangan yang bersifat praktikal. Boleh masuk buku catatan dan alat tulis serta dokumen yang berkaitan. Perlu juga banyak poket pelbagai fungsi untuk segera mendapatkan item ditempat yang ditetapkan - terutama sekali telefon bimbit. Saya mahu segera menjawab panggilan dan bukannya lima minit mendengar bunyi telefon tetapi tidak dapat menyelongkarnya keluar dari beg.
Kalau beg itu boleh muat sebuah buku bersaiz poket ataupun paperback, lagi saya seronok. Lagipun, banyak faedah bawa beg besar. Sebagai penulis, kita tidak tahu apa yang akan ditemui yang boleh membantu dalam penulisan. Tetapi, apabila ada beg besar, kena rajin buat auditing. Paling tidak sebulan / 2 bulan sekali, kena semak sama ada isi yang berada dalam beg itu perlu berada di situ ataupun sebaliknya.
Bagi penulis wanita yang sudah berkeluarga pula, lagi besar beg, lagi banyak pihak yang mahu 'menumpang' barang-barang peribadi dalam begnya. Ini termasuklah, telefon bimbit suami, botol susu anak dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya. Ini risiko bawa beg besar. Itu belum cerita semut-semut yang turut sama menumpang jika anak-anak turut menumpangkan biskut, coklat dan gula-gula dalam beg tangan ibunya.
Kepada penulis lain (tak kira lelaki ataupun perempuan), apa yang wajib ada dalam beg anda? Apa pula perkara-perkara sunat yang turut ditumpangkan dalam beg itu? Mahu kongsi pandangan, silakan...

(Imej diambil dari laman web Penjara Wanita Sabah)

Ulasan
(a) pen drive
(b) kad pesakit (Jabatan Haiwan Bentong) bagi kucing-kucing buangan yang saya jaga
(c) buku catatan
(d) resit-resit beli buku yang belum sempat saya keluarkan dan simpan di tempat lain
(e) 6 batang balpen
(f) botol krim muka anti-UV
Wah,best ni cerita beg tangan. Ingat tak beg yang I bawa pergi MPR tu?Lutfi kata, beg lagi besar dari orangnya!A good bag ialah satu pelaburan. Terbukti, saya ada satu beg harganya RM300 lebih (ehem...dapat hadiah pas PMR 1994 dulu) masih elok sampai sekarang.Takat-takat harga macam tu bolehlah beli. Nak beli LV,Hermes Birkin sampai berbelas ribu ringgit tak kuasa mak,nyah!
Saya akan bawa beg besar itu kalau urusan kerja.Isi beg saya lebih kurang sama macam isi beg penulis wanita lain. Selain handset dan purse,ada pen, buku catatan, bahan bacaan semuat beg,pen drive,card reader,resit-resit yang tak sempat diuruskan,lip gloss,perfume (orang perempuan kan!) serta handsfree. Kalau ada function tertentu, bawa kamera.Kalau berjalan dengan anak, coklat dan botol airnya.
Oh,ya!Satu lagi benda dalam beg saya-wisel. Kenapa agaknya ya?Teka!
Saya ke mana-mana bawa beg sekolah. Beg tangan takde, saya tak reti nak gayakan pun.
Yang pasti dan mesti ada dalam beg saya selain daripada dompet adalah pen, buku nota/diari kecil, kamera, tisu, beg reusable untuk isi barang-barang shopping, jadual solat dan buku untuk dibaca. Dan ada satu beg kecil lagi di dalamnya ala-ala beg mekap untuk saya letakkan krim muka, pelembap bibir, krim tangan, stoking dan tudung untuk solat (senang kalau mahu solat di mana-mana, almaklumlah bukan banyak masjid di sini) dan err... barangan-barangan perempuan yang penting sebulan sekali tu.
Oh ya, saya juga bawa gunting dalam beg saya.
Di dalam beg saya ada pen, pen-drive, charger bateri telefon bimbit, buku nota, bil-bil ( bil telefon, telefon bimbit, letrik, TMnet, ait...) dan sabatang screw driver - senang untuk membuka komputer dan lain-lain yang sewaktu dengannya.
Dulu selalu bawa komputer lap top tetapi sekarang tidak lagi, kerana terasa berat.... :)
sekadar bertanya, orang kata orang seni ni selalu ambil ringkas, betulkah? tak ambil kisah pun tentang fesyen?yang penting praktikal.
Tapi istimewanya, beg saya akan ada lebih daripada 6 batang pen, 3 buah buku berkulit tebal, kad matrik, kopiah, majalah-majalah, dan kitab-kitab tebal.
Berat tak? Siapa yang berani angkat. Cubalah...
Saya suka bawa purse sahaja.
Dalam purse tu [yang maha kembung dengan segala macam kad - Student ID, kad perpustakaan, kad diskaun grocery stores,kad insuran perubatan, kad nama emergency contacts, juga resit-resit tak terbuang].
Chapstick selalunya saya sumbat dalam poket jeans bersama telefon sel sahaja.
:)
Orang lelaki memang tak pakai beg tangan. Cukup dengan wallet saja. Biasanya. Tapi sejak duduk di Kairo, tak pernah pun pakai wallet. Sebab takut kena seluk. Jadi semua benda penting masuk dalam semua poket yang ada.
Passport dekat poket dalam, kernih dalam poket luar, duit besar dalam poket kanan, duit halus dalam poket kiri, pen dalam poket sini, kad ATM dalam poket sana, tiket Metro dalam poket atas, thumbdrive dalam poket bawah, kunci rumah dalam poket depan, kad embassy dalam poket sana, tisu dalam poket sini. Pakai beg pun untuk isi buku-buku kuliah. Itu pun kalau bawa. Pendek kata suka ada beg tapi tak minat pakai. Leceh.
Saya sayang Mama...
Saya nak cadangkan rakan-rakan penulis mencuba guna komputer saku atau PDA. Boleh diguna sebagai buku nota, ganti thumb drive, perakam suara dan foto.
Cuma, tak boleh ganti gincu dan alat hias lain... :)
Nisah - abang Ladin Nuawi pernah kata kepada saya, beg pengarang adalah rumah kecilnya!
Beg saya banyak buku dari duit :)
Jiwa - Kalau Hemingway masih ada, antara PDA dan moleskine, dia pilih buku nota bergetah itu. Tak percaya tanya pak samad...argh tulisan tangan mereka sungguh cantik.
assalamualaikum, waalaikumsalam.
Apa ada di dalam beg tangan saya?
Seperti wanita lain, dalam beg tangan saya ada barang2 keperluan wanita dan penulis.
1) lipstik
2) krim anti u.v
3) sarung kaki putih
4) telekung (tidak kainnya sekali)
5) buku catatan kecil
6) 2 batang pen 2 warna
7) novel yang sedang saya baca atau beberapa bab dari menuskrip novel yang sedang saya tangani dan sudah saya print out
8) tisu kerana saya sering selesema (resdong)
Dompet jarang saya simpan di dalam beg tangan, bimbang mengundang bahaya. Selalunya saya akan masukkan ke dalam saku.
Saya jarang membawa beg tangan bertali pendek yang kecil walau ke mana2 dan tidak pernah menggunakan beg tangan kepit. Dahulu anak2 saya sering komplain cara saya berfesyen, kata mereka saya tidak mengikut peredaran masa dan tidak mempelbagaikan penggunaan beg tangan. Namun kini semua sudah faham dan cukup arif apa yang penting dan mesti ada di dalam beg tengan saya.