Novelis "Hartini" - Aziz Afkar Meninggal Dunia

Saya menerima SMS dari Sdr Dahri awal pagi ini.

Novelis "Hartini" dan "Jambatan" - Aziz Afkar telah pulang ke rahmatullah pada awal pagi ini (sekitar jam 4 pagi).

Allahyarham telah berjuang mendapatkan haknya setelah novel "Hartini" dipergunakan semahu-mahunya oleh penerbit telefilem tanpa membayar satu sen pun. Perjuangannya berakhir di mahkamah tinggi dan khabarnya, pihak produser filem telah membayar kepada syarikat penerbitan novel tersebut. Tetapi sama ada beliau menerima sebahagian daripada bayaran tersebut, tidak dapat dipastikan.

Beliau menjadi mangsa kepada produser drama tv yang mengambil mudah dalam hal-hal royalti dan dengan mudah berfikir penulis itu tidak perlu diberi sebarang imbuhan apatah lagi penghargaan atas jerih payahnya menghasilkan sesuatu karya sastera.

Semoga perjuangan beliau tidak berakhir di sini.

Al-Fatihah

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
al-fatihah. Saya pun dapat berita ni melalui SMS dari Dahri.

Sebelum ni saya tak tahu tentang kes 'Hartini' sehinggalah saya terbaca kisah beliau (Aziz Afkar) dalam DS Januari 2006.
Tanpa Nama berkata…
Semoga perjuangan utk menuntu hak sebagai seorang penulis tidak terhenti di situ. Penulis perlu bagaimana pun perlu menyedari hak-haknya terlebih dahulu dan apakah mekanisme utk mengambil tindakan yang sesuai. Sayugia dengan itu, saya mencadangkan Pn untuk mengadakan seminar perundangan berkenaan undang-undang yang melibatkan dunia penulisan dengan segera.
Tanpa Nama berkata…
Innalillahi wa inna ilaihi raajiun...

Saya baru bertemu dengan blog ini... nak link di blog saya, boleh ?? Suka la blog ni.
dugongsenyum berkata…
Salam takziah daripada saya. Arwah ada anak kecil tak? kalau ada lagilah besar dosa dorang makan harta anak yatim!
Salam.Menumpang ilmu.

Al Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
tuan tanah berkata…
Al-Fatihah.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan bertaqwa.
Puan Ainon Mohd. berkata…
Puan Nisah,

Maklumat saya ini belum sohih, jadi jangan telan bulat-bulat!

Daripada apa yang diperkatakan oleh komuniti penulis waktu isu HARTINI pecah berita, apabila novel itu diterbitkan sebagai drama (Erma Fatima berlakon dalam drama itu), Allahyarham terkejut kerana izin beliau tidak pernah diminta. Beliau sangka izin beliau diperlukan oleh penerbit drama itu.

Yang membawa kes itu ke mahkamah bukan Aziz Afkar tetapi penerbit novel itu, sebab hakcipta HARTINI sudah diserahkan oleh Aziz Afkar kepada penerbit tersebut!

Aziz Afkar (macam beratus-ratus sasterawan kita yang lain) telah menandatangni dokumen yang menyerahkan hakcipta HARTINI kepada penerbitnya, tanpa terlebih dahulu membaca dengan teliti isi kandungan dokumen itu.

Justeru, dari sudut undang-undang hakcipta, Aziz Afkar tidak lagi berhak menerima apa-apa gantirugi yang dibayar oleh penerbit drama itu kepada akaun bank si penerbit novel HARTINI!

Ini kes ibarat nasib Pak Kaduk: Ayamnya menang, kampung tergadai.

Kepada para penulis, kita mesti belajar sedikit-sebanyak tentang undang-undang harta intelek dan hakcipta. Ingatlah, Si Bodoh mudah menjadi makanan Si Pandai!

Berhati-hati apabila memilih penerbit.
Unknown berkata…
Salam sejahtera buat semua pengunjung blog ini..."Hartini" saya kenali semasa di Tingkatan 3 dahulu. Perjalanan rahsia hati Hartini dan Amli, serta kecurangan Azimah dan Sudin amat membekas di hati saya..Setelah berada di maktab perguruan, saya terjumpa semula "Hartini" namun dgn wajah baru dan saiz yg lebih comel...ia antara novel yang saya sangat sayangi...rupa-rupanya ada cerita sedih di sebalik "Hartini" ini...Al-Fatihah buat arwah....

Catatan Popular