Selasa, Januari 30, 2007

Rahsia Dalam Rahsia


Semalam saya 'ditimpa' beberapa rahsia!

Semuanya mahu saya menyimpan rahsia tersebut. Bagaimana saya menyimpan rahsia tersebut? Selalunya, saya hapuskan terus dari ingatan. Apabila saya lupa, tentu sahaja saya tidak mungkin tersasul untuk 'tersampai' kepada orang lain.

Bahaya sungguh menyimpan rahsia-rahsia besar ini.

Tetapi, apabila kita diberi suatu rahsia untuk disimpan, saya percaya itulah tandanya, orang sangat mempercayai kita. Saya merasa terharu dan sesekali teruji walaupun turut teruja mendengar rahsia-rahsia tersebut.

Rahsia itu tetap rahsia. Apabila rahsia itu tidak lagi menjadi rahsia, barulah semuanya boleh dibongkar di sini.

Shhhh!

7 ulasan:

saharil berkata...

beritahu sahaja saya, saya pun pandai menyimpan rahsia. saya janji tak akan bagitau orang, ok. cepat bisikkan sahaja ke telinga, hehe.

mardhiah berkata...

Ada pula psychologist yang berpendapat jika mukadimah sesuatu perbualan itu berbunyi "ini rahsia jgn bagi tau kat orang," itu maknanya orang itu mau kita hebah dan war-warkan. Jadi jika ada org mau bagi tau rahsia, cepat-cepat saya katakan, harap cari orang lain sebab saya ini CNN.

Saya diajarkan supaya jangan terima beban rahsia, dengan tidak berahsia. Btw kalau betul-betul rahsia wat pe dia bagi tau kat orang lain?

Kak Ira berkata...

Kadang-kadang ada cerita yang tak patut kita hebahkan pada orang lain walaupun empunya diri tak pesan pun yang cerita itu adalah rahsia. Kita sendiri kena pandai-pandai tapis sama ada patut cerita ataupun tidak. Eh, lupa pula nak tanya khabar Nisah.. dah lama Kak Ira 'menghilangkan diri' tapi sekarang muncul kembali (dah 8 bulan berada di utara tanahair, ikut suami bertugas di tempat baru).

annyss berkata...

Kak Ira!!!!!!!!!!!!!!!

*Hugs*
Where have you been? Kenapa tak beritahu dah balik Malaysia? Miss you so much.

E-mail me: nisah.haron@gmail.com. Ada banyak perkara nak cerita! Tahu tak, September lepas saya juga di utara tanah air. Kalau tahu, mungkin kita dapat berjumpa.

Keep in touch!

tuan tanah berkata...

Saya belajar sesuatu, bahawa, kalaupun sesuatu benda itu bukan rahsia, tapi kalau kita tak mahu heboh2kan pada orang banyak, jadi pada orang yang kita ceritakan itu, kita pesan pada dia "benda ni tak payahlah cakap pada orang lain."

Saya dah banyak kali terkena. Walaupun benda tu sebenarnya bukanlah rahsia, tapi sebenarnya saya hairan kenapa orang nak bercerita-cerita. Takde benda lain nak digosipkan agaknya.

Last-last, saya jadi malas nak bercerita.

Tauke Lagu Klasik Nasional berkata...

Salam Sis,
Saya ada 2 versi menyampaikan sesuatu yg dikatakan rahsia ni. Satu-kalau saya cakap pada seseorang, jgn heboh-heboh,maknanya bendak ni bukanlah rahsia sangat tapi jgn ramai orang tahu dalam masa terdekat. (Apa daaa?)

Kedua-kalau ia benar-benar rahsia maka tak adalah saya beritahu orang.

Hmmm rahsia apa tu ya?Tahu di DBP ke?Adakah mengenai 'seseorang'? Memandai-mandai je saya menyerkap!

kak ila berkata...

Rahsia orang memang wajib disimpan. mendedahkan rahsia dan aib orang satu doa. Untuk merahsiakan rahsia orang memang muda, tapi jika itu rahsia besar dan ramai pula yang mahu menempekkan rahsia mereka pada kita, itu yang perit. Tapi sebagai penulis, kita ada kelebihan... usah risau. untuk melegakan sedikit tekanan,jadikan bahan cerita di novel. pindahlah sikit2 supaya tidak terlalu menyerupai, betul tak? kalau berani boleh lah cuba, jangan sampai kena saman sudah...

Related Posts with Thumbnails