Rahsia Dalam Rahsia
Semalam saya 'ditimpa' beberapa rahsia!
Semuanya mahu saya menyimpan rahsia tersebut. Bagaimana saya menyimpan rahsia tersebut? Selalunya, saya hapuskan terus dari ingatan. Apabila saya lupa, tentu sahaja saya tidak mungkin tersasul untuk 'tersampai' kepada orang lain.
Bahaya sungguh menyimpan rahsia-rahsia besar ini.
Tetapi, apabila kita diberi suatu rahsia untuk disimpan, saya percaya itulah tandanya, orang sangat mempercayai kita. Saya merasa terharu dan sesekali teruji walaupun turut teruja mendengar rahsia-rahsia tersebut.
Rahsia itu tetap rahsia. Apabila rahsia itu tidak lagi menjadi rahsia, barulah semuanya boleh dibongkar di sini.
Shhhh!
Ulasan
Saya diajarkan supaya jangan terima beban rahsia, dengan tidak berahsia. Btw kalau betul-betul rahsia wat pe dia bagi tau kat orang lain?
*Hugs*
Where have you been? Kenapa tak beritahu dah balik Malaysia? Miss you so much.
E-mail me: nisah.haron@gmail.com. Ada banyak perkara nak cerita! Tahu tak, September lepas saya juga di utara tanah air. Kalau tahu, mungkin kita dapat berjumpa.
Keep in touch!
Saya dah banyak kali terkena. Walaupun benda tu sebenarnya bukanlah rahsia, tapi sebenarnya saya hairan kenapa orang nak bercerita-cerita. Takde benda lain nak digosipkan agaknya.
Last-last, saya jadi malas nak bercerita.
Saya ada 2 versi menyampaikan sesuatu yg dikatakan rahsia ni. Satu-kalau saya cakap pada seseorang, jgn heboh-heboh,maknanya bendak ni bukanlah rahsia sangat tapi jgn ramai orang tahu dalam masa terdekat. (Apa daaa?)
Kedua-kalau ia benar-benar rahsia maka tak adalah saya beritahu orang.
Hmmm rahsia apa tu ya?Tahu di DBP ke?Adakah mengenai 'seseorang'? Memandai-mandai je saya menyerkap!