Barang-barang 'Sempena'
Saya gemar membeli buku untuk mengabadikan sesuatu tarikh. Misalnya, ketika mendapat keputusan 6A dalam SRP pada tahun 1988, saya membeli buku 20,000 Leagues Under the Sea. Harganya tidak sampai RM10.
Pun bukan buku itu yang penting tetapi catatan yang akan saya tulis pada buku tersebut. Pada setiap buku saya mesti ada nama saya, tarikh beli (atau tarikh saya peroleh buku, jika dihadiahkan seseorang) dan tempat saya membelinya. Jika ada sempena tertentu pada tarikh tersebut, tentu sekali saya akan catatkan.
Buku yang sudah dibaca itu, mungkin sahaja tidak akan dibaca lagi (melainkan ada 'keenakan' luar biasa pada buku tersebut), tetapi setiap kali buku tersebut dibuka lagi, saya akan nampak catatan pada bahagian dalam buku tersebut.
Untuk hari lahir saya yang ke-33, saya peruntukkan sejumlah wang untuk menghadiahkan diri sendiri satu set trilogi Lord of the Rings.
Memang saya sukakan buku sebagai hadiah, sama ada saya menerima ataupun memberi. Itulah hadiah yang akan saya abadikan. Pun, saya tidaklah memaksa supaya orang lain MESTI beri hadiah kepada saya. Hadiah itu mestilah dikembarkan dengan keikhlasan. Ucapan sahaja sudah memadai, tapi kalau nak beri lebih saya terima sahaja!
Inilah yang membezakan buku dengan pemberian-pemberian lain seperti bunga, coklat dan sebagainya. Bunga akan layu dan saya jarang menyimpan bunga layu. Bunga kering mungkin tetapi ia akan tetap jadi tempat mengumpul habuk juga. Tidak ada sebab untuk saya pegang bunga kering itu kembali. Saya juga tidak dapat menghargai nilai sentimental pada sebatang bunga kering.
Adakalanya, bunga itu memang boleh sahaja dibuang tetapi ada kenangan yang mengingat padanya. Begitu jugalah dengan benda-benda lain yang masih kita simpan walaupun hakikatnya, ia tidak lagi praktikal. Memang wajar dibuang sahaja. Tapi, kita sayang untuk membuangnya.
Mungkin juga kita terlalu sayang mahu membuang sesuatu itu kerana berpendapat, kita mungkin akan menggunakan kemudian kelak. Waktu 'kemudian kelak' itu juga tidak pernah kunjung tiba.
Lantas, hidup perlu praktikal. Perkara-perkara yang sudah tidak perlu dalam kehidupan itu wajar sahaja dicampakkan keluar dari ingatan. Kapasiti memori kita juga semakin hari semakin susut. Ada banyak perkara lain yang perlu difikirkan. Letakkan memori itu, kalau pun mahu disempenakan pada sesuatu, pada perkara-perkara yang tidak mungkin dibuang.
Saya masih ingat lagi sewaktu lawatan ke Kota Bharu, saya membeli senaskhah Al-Quran Mashaf Malaysia. Setiap kali saya membacanya ataupun membeleknya, saya akan diserba kenangan, "Aku beli Quran ini sewaktu di Kota Bharu."
Oleh kerana itu juga, jika saya dijemput untuk menyampaikan ceramah, kalau boleh, tak perlulah beri cenderamata penghias dinding ataupun meja. Biarpun ia sangat praktikal seperti jam meja - saya sudah tidak ada tempat mahu letak jam meja ini. Saya sudah kehabisan tempat untuk menyimpan benda-benda ini. Tetapi dalam masa yang sama, saya tetap mahu menghargainya. Ah... serba salah.

Ulasan
Saya pun sudah jadikan amalan-untuk bahan bacaan yang dibeli atau dihadiahkan, mesti letak tarikh/siapa beri. The best gift untuk seorang penulis apa lagi kalau bukan BUKU.Tapi masih ada lagi ahli keluarga yang tidak faham (keluarga kembanganlah) mengapa saya lebih berminat masuk kedai buku terpakai daripada masuk butik baju mahal. Berapa kali harijadi sudah hint mahu sekian-sekian buku, tak dapek pun!Akhirnya keluarkan duit sendiri, beli sendiri, baca sendiri!
Memang amalan memberi 'tongkoi besi' (kata arwah moyang) sebagai cenderamata ni patut dihapuskan.Semasa konvo tahun lepas, keluarga kembangan memberi jambangan bunga hidup, bunga mati, pasu bunga, kusyen gambar berbunga, bingkai gambar berbunga...mak oii!Sentimental value?Ya...tapi sekarang rumah pun penuh dan saya pun bukan seorang Martha Steward. Ayah beri duit suruh makan, raikan hari itu. Senang cerita, perut pun kenyang.
Ini komen untuk entri khalwat- teringat lawak Faisal Tehrani dulu. Dia pakat ajak kami buat rondaan di parking kereta waktu malam. Pakai kopiah, bawa fail, pi ketuk cermin kereta orang. Mesti depa kelam-kabut, walaupun dalam fail tu gambar Britney Spears!Teringat cerita adik yg bekerja di Lembaga Zakat Selangor. Semasa ke Kuantan untuk lawan futsal, mereka naik bas Jabatan Agama Islam Selangor. Waktu nak cari makan malam, bas itu diparkir di tepi taman bunga. Taman yang nampak sepi tu tiba-tiba penuh dengan orang bercempera lari dari balik semak.Gara-gara bas JAIS tu la!
Saya sendiri amat sayang untuk tulis di atas buku tu sendiri, maka saya beli stiker kertas dan lekat atas wrapper yang membalut buku tersebut. Di atas stiker tulah tarikh dan tempat beli ditulis.
Memang betul - tak semua faham bahawa di rumah kita memang menghias dinding guna buku bukannya bunga.
mxypltk,
Saya akan tulis pada halaman judul. Biasanya, halaman pertama ataupun kedua selepas kulit buku. Pada saya, menulis di situ lebih kekal dan ada tulisan tangan sendiri di situ. Guna sticker pun ok juga. Asalkan tulisan/catatan itu bersifat kekal. Ada seorang sahabat siap tempah cap getah (rubber stamp) :
"Hak milik si polan bin/binti si polan. Telah dibeli pada..... di......."
Bawahnya, tandatangan tuan punya tersebut.
Kak Ira pun ada cerita pasal beri buku sebagai hadiah. Dulu, masa buat latihan praktikal di DBP pada tahun 1995, Kak Ira hadiahkan empat buah buku Sains kanak-kanak (terbitan DBP)kepada adik bongsu sempena harijadinya yang ke-9. Tak sangka sungguh yang dia masih simpan buku-buku tu dengan cermat sekali (sekarang dia dah di universiti pun). Pada harijadi anak Kak Ira yang ke-9 baru-baru ni, dia hadiahkan balik buku-buku tu untuk anak Kak Ira. Itulah istimewanya buku sebagai hadiah, boleh 'diwariskan' kepada sesiapa saja yang kita mahu.
Jika dihadiahkan orang pun - selalunya sepupu yang seorang ini, dia faham benar kegilaan saya pada buku - saya akan minta dia autograf!