Sabtu, September 08, 2007

Antara Dua Pusara

Kata Nasriah lewat pesanan ringkas ke telefon bimbit saya lebih kurang begini : Tak perlu pilih antara 2 pusara, kita semua akan sampai satu pusara yang sama.

Saya tersenyum. Benarlah apa yang dikatakannya. Kita tetap menuju destinasi yang sama. Pun, ada kaedah tersendiri untuk setiap umat manusia. Cerpen Antara Dua Pusara ini disiarkan dalam Dewan Sastera September 2007.

Persoalan yang diangkat ialah kisah seorang muallaf yang meninggal dunia sebelum sempat memberitahu keluarganya tentang keadaan dirinya yang telah Islam. Timbul juga persoalan harta yang ditinggalkan. Waris turut bimbang tentang status hartanya. Apabila seorang muallaf itu masuk Islam, hak perwarisan dengan warisnya yang bukan Islam terputus.

Apakah tiada jalan penyelesaian dalam Islam? Benarkah syahadah itu suatu pemisah? Cerpen ini menawarkan jalan keluar.

2 ulasan:

NASRIAH ABDUL SALAM berkata...

alahai....orang saja je nak menyakat hantar mesej macam tuh, tak serius... :D

undang2 dalam penulisan kreatif jadi lain pada orang yang ahli..dah puas saya cuba tapi masih belum menjadi! tahniah kak..

ADDEEN BANDARSEPI berkata...

tahniah puan nisah. teruslah berkarya, dan tunjuk-tunjukkan adik-adik yang baru merangkak (sayalah tu!)

Related Posts with Thumbnails