Hari ini - Diskusi Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus


Kumpulan cerpen saya -
Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus - bakal dibedah Dato' Dr. Anwar Ridhwan

pada : 6 Januari 2008 (Ahad)
jam 8.30 pagi
di Dewan Kuliah A, Kolej MARA Seremban
(berhadapan dengan Allson Klana Resort)

Dengan ini saya mengundang para peminat sastera untuk sama-sama meraikan majlis ilmu ini.

Turut dibincangkan 3 buah buku lain.
Maklumat lanjut di laman PEN.

Usai diskusi karya - akan berlangsung, Mesyuarat Agung PEN ke-31.

Tahun ini ialah tahun pemilihan semula jawatankuasa PEN. Berkemungkinan besar saya tidak akan berada di dalam senarai AJK lantaran tuntutan untuk melanjutkan pelajaran sekitar tahun hadapan, insya-Allah. Pun, saya Ahli Seumur Hidup PEN yang akan terus bersama-sama membantu persatuan dengan kudrat yang sedikit tetapi semangat yang sukar pudar.

Ahli PEN dan peminat sastera dipersilakan hadir.

Jamuan disediakan.

Ulasan

Zaid Akhtar berkata…
Puan,

Dr. Anwar?
Wah, bestnya!

Nak sambung belajar?
Waduh, seronoknya!

Catatan Popular