MMVIII
Laman Wikipedia telah menyediakan perkara-perkara yang bakal berlangsung pada tahun 2008.
Tahun 2008 ialah tahun lompat.
Ada orang mengambil masa hujung tahun ini untuk menyingkap kembali kenangan silam. Ada yang menggunakan tempoh hujung tahun sebagai masa untuk melihat ke hadapan.
Kepada penulis : agak-agaknya berapa banyak novel yang mahu dihasilkan, berapa banyak cerpen ataupun berapa banyak sajak yang disasarkan? Mungkin juga ini suatu cara untuk mempertingkat diri kepengarangan supaya lebih prolifik. Pun, kualiti kepengarangan hendaklah tidak terabai.
Teringat saya kepada panggilan daripada seorang mantan MPR. Katanya, setelah menyertai MPR dia semakin terbuka minda dan hati untuk membaca karya-karya yang lebih mencabar. Dia sudah lama membaca karya-karya pop cinta-cintaan. Akhirnya, dia menyedari bahawa ada banyak lagi buku-buku sastera yang mesti dibaca jika benar dia mahu menjadi penulis sastera. Alhamdulillah, semoga 2008 menjadi tahun yang lebih baik untuk dia terus membaca karya-karya yang berkualiti supaya dia boleh menjadi penulis yang berkualiti. Masih teringat lagi pengakuan ikhlasnya sewaktu MPR bahawa dia tidak pernah membaca selain daripada novel-novel cinta.
Oh, saya melencong pula!
Ke mana 2008 akan membawa saya agaknya?
Mudah-mudahan 2008 menjadi tahun yang lebih baik untuk semua!

Ulasan