Ziarah Sekeluarga ke Kedai Buku
Sudah lama berjanji dengan anak-anak mahu bawa mereka berjalan-jalan. Awal pagi semalam, sesudah menyiapkan novel bersiri terkini, saya bercadang untuk bawa mereka keluar membeli-belah. Apa lagi yang mungkin menyeronokkan anak-anak saya kalau bukan ke kedai buku. Untuk bawa mereka selalu-selalu, mungkin saya tidak terdaya. Biasanya, saya akan belikan buku dan bawa balik ke rumah. Dengan cara itu, perbelanjaan sedikit terkawal.
Tetapi semalam, kisahnya berbeza. Saya mahu mereka beli apa-apa sahaja yang mereka mahukan tidak kiralah mahal ataupun murah, asalkan bermutu lagi menyeronokkan. Saya memang mahu berbelanja untuk mereka. Apatah lagi, kupon baucar buku dari MPH masih ada bakinya (hasil tulisan saya dalam majalah Quill di bayar dalam bentuk baucar buku). Saya memang berhasrat untuk melekatkan buku-buku yang sudah lama saya idam-damkan dengan baucar buku itu. Tetapi, masih belum berkesempatan ke MPH.
Jadi, kami pun langsung ke MPH Jaya Jusco Seremban 2 - antara kedai buku besar di kawasan ini selain Popular.
Hari minggu. Sebelah petang pula. Apa lagi? Tentu sahaja kereta penuh. Sukar dapat tempat letak kereta. Alhamdulillah, setelah puas bersabar, ada rezeki dapat parkir kereta tidak jauh dari lif.
Apabila masuk sahaja ke kedai buku, saya terus lepas anak-anak saya ke bahagian buku untuk mereka. Wah, bersorak masing-masing. Anak saya yang sulung sempat bertanya, mengapa kedai buku tidak seperti perpustakaan? Saya tanya mengapa. Katanya, kalau di perpustakaan, pustakawan akan bantu kita mencari buku. Tetapi di kedai buku tidak seperti itu. Saya tersenyum sahaja.
Pun, mereka amat seronok memilih bahan bacaan, buku aktiviti, buku tulisan atau apa-apa sahaja yang mereka inginkan. Kami pantau, malah, ada yang kami juga cadangkan beberapa buku, dan kami biarkan mereka membuat keputusan. Kami mahu supaya mereka sangat berpuas hati dengan buku-buku pilihan masing-masing. Sekiranya, mereka tidak berpuas hati dengan buku-buku itu selepas sampai ke rumah, kami mahu mereka bertanggungjawab terhadap keputusan tersebut. Biar lain kali, mereka tahu apa yang mereka harus pilih.
Saya tertarik dengan sebuah buku yang mengajar anak-anak berdoa. Bukunya dalam bahasa Inggeris dan ditulis untuk anak-anak yang mahir berbahasa Inggeris. Kebanyakan buku-buku agama dalam Bahasa Melayu terutama sekali yang berkulit tebal dan setiap halamannya juga tebal (boardbooks), hampir tiada di kedai-kedai buku. Kalau ada pun, penerbitnya Cina, jadi tak mungkin mereka menerbitkan buku-buku bercorak Islamik begini.
Kembali kepada buku I Can Make Du'a Anywhere!, terdapat beberapa judul lain dalam siri I Can, seperti I Can Wear Hijab Anywhere!, I Can Read the Qur'an Anywhere!, I Can Say Bismillah Anywhere!, I Can Pray Anywhere!, dan I Can Wear Hijab Anywhere!.
Walaupun buku ini ditujukan kepada kanak-kanak 3 - 5 tahun, tetapi jelas buku ini untuk anak-anak Muslim yang bahasa pertamanya Bahasa Inggeris. Ilustrasinya menggambarkan kehidupan di negara Barat, dengan overcoat, vest dan sebagainya. Tetapi membaca nama pengarangnya Yasmin Ibrahim - seperti nama orang Malaysia. Apabila merayau-rayau di laman sesawang, terjumpa lamannya : The Islamic Foundation.
Saya berpendapat buku ini dihasilkan oleh 'orang Malaysia' yang duduk di UK. Mungkin boleh baca lebih lanjut di laman sesawangnya itu.
Ilustrasinya yang menarik itu membuatkan anak kedua saya tertarik dan terus duduk membaca buku itu di situ juga. Apa lagi, itu sudah memberi alasan yang kuat untuk membeli buku tersebut. Harganya agak lumayan : RM34.90. Untuk sebuah boardbook memang sangat mahal, tetapi memandangkan isinya lebih penting daripada harga sebuah buku, saya beli juga. Lagipun, saya sudah berjanji untuk membelikan mereka apa-apa sahaja buku yang diinginkan.
Selebihnya, anak yang ketiga dapat sticker book. Seronok amat dia belajar membaca dan mengenal gambar-gambar sambil menampal sticker pada buku-buku itu. Yang sulung, dapat buku penulisan kerana tulisannya perlu diperbaiki. Habis guru-guru seluruh darjah satu komplain, tulisannya sekejap besar, sekejap kecil.
'Si Kecil' tak banyak cerita, walaupun sesekali resah kerana kami berada di satu-satu rak agak lama. Dia mahu sentiasa bergerak di dalam stollernya. Akhirnya, dukung saja dia sepanjang masa. Stroller jadi tempat letak buku, macam troli pula.
Untuk diri sendiri, saya sempat menyambar dua buku. Tak dapat nak browsing lama-lama. Jadi, dapatlah "The Grass is Singing" karya Doris Lessing (Pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan 2007) dan juga buku yang sudah lama saya hendak beli - "The Color Purple" tulisan Alice Walker. Buku ini juga pernah memenangi Hadiah Pulitzer 25 tahun lalu. Pernah jadi filem juga. Sudah hampir separuh membacanya sejak membeli semalam. Menggunakan teknik epistolari - gaya surat-surat - semua bab disusun dalam bentuk surat.
Anak-anak yang sudah puas mendapat buku masing-masing mengaduh kepenatan, saya bawa mereka membeli kek di kedai 'Resipi Rahsia'. Duduk sebentar memesan minuman. Harga jus mangga RM8 satu gelas kecil. Saya dan suami berkata, rasanya macam air mangga dalam kotak! Untuk mengabsahkan teori kecil kami, dia pun membeli sekotak air mangga Marigold Peel Fresh supaya dapat dibandingkan.
Memang sah, rasanya sama!
Tapi, RM8 itu dibayar bukan sahaja untuk jus itu, tetapi kerusi, meja, ruang, elektrik dan pendingin hawanya sekali. Sebab itulah mahal sekali!
Sampai dalam kereta, anak-anak tidak sabar hendak membaca dan menikmati buku masing-masing. Kami layan juga kerana dengan memberi mereka buku seorang satu, perjalanan pulang akan menjadi lebih aman di dalam kereta kami yang kecil itu!

Ulasan
Membaca entri ini, terkenang saya semasa kecil. Tinggal di luar bandar, dibesarkan dengan kesederhanaan, sesekali apabila ada pameran buku, seronoknya saya rasa. Walaupun diperuntukkan RM3 sahaja oleh arwah ayah, cukuplah untuk beli 2 naskhah buku Enyd Blyton (versi murah-terjemahan BM), saya tetap gembira meluap-luap.
Bertuah sungguh anak-anak puan. Cemburu saya (kerana belum memiliki cahayamata, saya membeli buku-buku untuk anak saudara sahaja).
Bunnybaby