"You've Got to Read This Book"

*** Terkini: Buku ini sudah dapat dibeli naskhah yang baharu. Malah, buku ini masih banyak di MPH Seremban 2, lantas membuat saya terfikir - walaupun buku ini sudah diberi semacam promosi di dalam akhbar Utusan Malaysia, respons daripada pembeli masih kurang memberangsangkan. Ataukah, pembeli di Seremban ini memang begitu?


Siang tadi saya sedang tenggelam membaca buku berjudul You've GOT to Read This Book apabila datang seorang sahabat yang agak veteran lagi berwibawa. Ketika beliau singgah ke rumah, dan oleh sebab kami memang sama-sama 'menggilai' buku, tentulah topik buku wajib menjadi agenda perbualan.

Tambahan lagi, rencana tentang You've GOT to Read This Book (rencana itu ditulis Roosfa Hashim) tersiar di dalam Utusan Malaysia hari ini. Saya tunjukkan bukunya dan juga rencana tersebut.

Antara petikan rencana tersebut :
Tulisan dalam buku ini dicetuskan oleh Jack Canfield dan Gay Hendricks. Siapa yang tidak kenal Jack Canfield, pencipta dan editor siri terkenal Chicken Soup for the Soul yang dianggap oleh majalah TIME sebagai ‘the publishing phenomenon of the decade.’ Siri ini kini mempunyai 105 judul dengan lebih 100 juta naskhah diterbitkan dalam 41 bahasa. Gay Hendricks pula adalah seorang pakar dalam bidang transformasi perhubungan dan penyembuhan tubuh – fikiran. Kedua-dua mereka telah menerbitkan banyak buku yang laris dan dibaca ramai.

Saya baru sahaja menghadam beberapa bab awal. Terdapat 55 orang tokoh terpilih memperkatakan tentang sebuah buku yang mengubah pendirian, falsafah hidup, malah ada yang mengubah cara hidup mereka. Ada antaranya selebriti, penulis, pemuzik dan sebagainya.

Belum habis saya menceritakan tentang buku itu, katanya, "Akak nak beli, berapa harganya?" langsung dia membuka tas tangan dan mengeluarkan RM50. Saya teragak-agak kerana ini naskhah yang saya beli untuk diri saya. Tetapi saya masih belum menulis nama ataupun membuat catatan di atas buku tersebut (belum sempat pun), saya relakan naskhah saya itu dijual. Harap-harapnya, buku ini masih lagi ada MPH Seremban 2.

Ah, esok harus segera ke sana!

Ulasan

Salam Kak Nisah,

Saya pembaca senyap blog puan.

Kalau buku ini tiada di MPH Seremban beritahu saya.Saya boleh tolong carikan di Popular di KL dan pos kepada puan. Ada diskaun lagi. Saya tak pasti MPH bagi diskaun 10% untuk buku ini.

Saya dah pun khatam buku ini.
Tanpa Nama berkata…
Mohon izin: Program bersama penulis Wan Ahmad Hulaimi, Awang Goneng.

Assalam alaikum wbt

Saya doakan Puan berada dalam keadaan sihat sejahtera, lapang dan ceria dalam urusan seharian,

Saudara Syarafuddin (penulis Akademi Kehidupan) dan saudara Ibnu Ariff (penulis novel sains fiksyen PTS) telah mengambil inisiatif menjemput penulis buku Growing Up In Terengganu, Tuan Wan Ahmad Hulaimi atau Awang Goneng bagi menyampaikan book talk pada hari dan tarikh berikut.

Hari: Isnin
Tarikh: 14 Januari 2007
Masa: 3.00 petang- 5.00 petang
Tempat: Bilik Seminar 3, Tingkat 3, Bangunan HS (Human Sciences), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Semua dijemput menghadiri program bicara ini.

Oleh demikian, pengesahan kehadiran diperlukan bagi tujuan keselesaan Tuan dan Puan yang menghadiri program ini.

Program ini bersifat tidak formal untuk pelajar dan terbuka kepada orang ramai.

Maklumat lanjut mengenai penulis ini boleh didapati di pautan berikut.

http://www.mmail.com.my/Current_News/mm/Weekend/Feature/20080105110819/Article/index_html

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau hendak menghadiri program ini boleh menghubungi,

syarafuddin.sulaiman@gmail.com

Terima Kasih.

--
ZAMRI MOHAMAD
www.zamrimohamad.com

Penulis bebas
Saya juga telah miliki buku ini. Ingatkan nak ulasnya untuk Utusan Malaysia, tetapi telah diulas terlebih dahulu oleh puan Roosfa Hashim. :)
Unknown berkata…
Kebetulan, saya juga baru miliki dari MPH Ipoh. Buku ini diletak di rak paling tinggi di kedai itu. Saya terpaksa minta pembantu kedia memanjat dan mendapatkan buku ini untuk saya.

Judul bukunya yang `catchy' pasti memikat setiap pencinta buku. Saya baru baca beberapa bab awal. Sedang bergelut dengan beberapa buku lain.

Catatan Popular