Apabila Datang dengan Cawan yang Kosong
Undangan untuk menyampaikan bengkel hak cipta daripada Galeri Ilmu Sdn Bhd, saya terima dengan tangan yang terbuka. Bukan kerana di sana ada insan-insan yang saya kenali seperti Cikgu Abu Hassan Murad (Cinta Madinah) dan puterinya Ummu Hani, tetapi undangan untuk berbicara tentang hak cipta ini jarang sekali saya terima.
Apabila pihak GISB menghubungi saya tempoh hari, saya cepat-cepat bersetuju. Saya berpendapat, apabila ada pihak yang dahaga akan ilmu serta datang dengan cawan yang kosong, wajiblah saya memenuhinya demi menyampaikan ilmu yang sedikit ini kepada seramai yang mungkin.
Saya sebut juga dalam mukadimah ketika memulakan bengkel ini bahawa pihak yang saya harapkan dapat membantu menjaga kepentingan penulis seperti persatuan-persatuan penulis yang besar, nampaknya sangat tidak berminat untuk memelihara penulisnya sendiri. Sedangkan persatuan tersebut dibina daripada aspirasi kumpulan penulis itu sendiri. Namun, apa boleh buat, saya tidak punya kuasa untuk memaksa. Saya hanya boleh menulis di sini.
Ada juga pihak yang bertanya, mengapakah persatuan penulis yang besar itu enggan menjaga kepentingan penulis dalam hal-hal hak cipta ini. Jawapan saya mudah: kebanyakan AJK dalam persatuan tersebut bukanlah mereka yang 'cari makan' dengan menulis. Rata-rata mereka adalah tokoh akademik yang setiap bulan sudah disediakan gaji. Lalu menulis menjadi hobi. Bahkan bayaran honorarium itu pun sekadar melukut di tepi gantang sahaja sifatnya. Tidak menjadikan mereka bertambah kaya pun. Oleh itu, mana mungkin pihak tersebut ada sebarang bentuk keinginan untuk memelihara kepentingan penulis. Biarlah mereka terus mencari jati diri Melayu ke serata alam Melayu, kerana saya fikir itulah yang mereka lebih suka lakukan.
Kembali kepada acara saya di GISB, majlis tersebut dihadiri oleh kakitangannya sendiri, khususnya mereka yang terlibat secara langsung dalam aspek penerbitan seperti editor, ilustrator, penulis dalaman dan sebagainya. Kuliah hak cipta ini saya sampaikan secara separa santai dan lebih memenuhi kehendak para editor dan kakitangan itu sendiri dalam memahami konsep hak cipta. Sebahagian daripada mereka menyedari hakikat kewujudan akta-akta tertentu seperti Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan dan Akta Fitnah yang mengawal penerbitan di Malaysia. Cuma mereka mengakui kerap terlepas pandang dengan kepentingan Akta Hak Cipta juga yang melingkungi bidang kerja masing-masing di sini.
Keghairahan mereka untuk mendalami aspek hak cipta ini membuat saya terharu. Mereka sungguh-sungguh ingin tahu dan mahu memahami sebaik mungkin supaya perkara ini dapat diterangkan kepada penulis mereka. Dengan kesedaran ini, banyak bentuk perlanggaran hak cipta dapat dielakkan.
Kesungguhan mereka ini ibarat datang dengan cawan yang kosong, lalu mudahlah untuk saya mengisi kekosongan itu. Hal ini sangat berbeza dengan pihak yang sangat percaya bahawa tiada kes hak cipta yang serius berlaku di Malaysia dan datang dengan cawan yang sudah penuh berisi serta enggan untuk dituang apa-apa lagi ke dalam cawan tersebut. Jadi, akan tumpahlah ke meja segala yang mahu dimasukkan ke dalam cawan itu.

Ulasan