Tawarikh Cinta - Bukan cinta biasa

Apabila saya perkenalkan Tawarikh Cinta kepada khalayak remaja, ada yang takut dengan judulnya. Satu, kerana mereka tak pernah dengar perkataan 'tawarikh' (seringkali keliru dengan solat tarawih) dan dua, ada remaja yang takut dengan perkataan 'cinta'.

Kelompok pertama itu, rata-rata tidak terdedah dengan beberapa perkataan yang bersifat arkaik. Lalu apabila saya jelaskan maksudnya, barulah mereka terlopong dan terus memberikan terjemahan langsung kepada judul novel ini, "Oh, maknanya - sejarah cintalah ni!"

Hmm... tidak juga. Novel ini bukan novel cinta biasa - walaupun ada unsur percintaan yang sangat sedikit. Tetapi cinta yang saya tulis di dalam novel ini saya ungkap dengan lebih luas lagi - cinta kepada Allah, cinta kepada watan, cinta kepada perjuangan dan sebagainya.

Kelompok kedua pula, ialah remaja yang berada dalam tahap self-denial - "Oh, saya tak main cinta-cinta ni." Konon-kononlah tu!

Ada juga guru yang terus membantah pelajar membaca 'novel cinta' dan terus buat telahan pada judulnya. "Jangan bagi budak-budak ni baca novel cinta, memanjang angau dalam kelas." Saya pernah terdengar komen itu dari seorang guru setelah saya selesai berbicara tentang Annyss Sophilea di sebuah sekolah. Pun, komen itu bukanlah dijuruskan kepada novel saya.

Saya pernah tulis entri tentang membaca novel di asrama.

Ini pula komen/reviu Tawarikh Cinta oleh seorang blogger - mxypltk :

Buku ini bukan juga karya fantasi semata-mata malah turut menyentuh aspek politik negara. Seruan Ratu Ridhwan agar memerintah dengan jurus keadilan, boleh diertikan dalam beberapa lapis dan ditafsirkan dengan suka hati oleh para pembaca. Naiknya sang putera ke singgahsana dalam keadaan masih muda lela, turut mengundang fitnah yang berleluasa, tidak banyak beza dengan apa yang berlaku ketika ini.

Baca lebih lanjut di sini.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum, Puan.

Saya merasa ingin berkongsi sebuah cerpen saya ( di blogs saya dan pernah tersiar di esastera ) dengan Puan dan para pengunjung, setelah saya membaca komen Puan ini :

Ada juga guru yang terus membantah pelajar membaca 'novel cinta' dan terus buat telahan pada judulnya. "Jangan bagi budak-budak ni baca novel cinta, memanjang angau dalam kelas." Saya pernah terdengar komen itu dari seorang guru setelah saya selesai berbicara tentang Annyss Sophilea di sebuah sekolah. Pun, komen itu bukanlah dijuruskan kepada novel saya.

Saya pernah tulis entri tentang membaca novel di asrama.

Cerpen itu :
http://isminailofar.wordpress.com/2008/07/08/cerpen-mencabik-mendung-di-langit-kelabu/

Sahaja ingin berkongsi pengalaman dan pendapat.

Catatan Popular