Isnin, April 20, 2009

Hadiah Hari Lahir

Terima kasih atas semua tanda ingatan dan doa buat saya sekeluarga.

Saya ada beribu-beribu sebab untuk bersyukur kepada Allah kerana masih memanjangkan usia saya bagi meneruskan perjuangan.

Terima kasih atas kiriman hadiah dan juga kejutan dalam majlis Forum Mini - Konvensyen Sai-Fai semalam. Saya sungguh teruja menyambut hari lahir dikelilingi buku.

Malam ini juga saya akan ke udara di RTM bagi memperkatakan tentang buku dan minda kelas pertama.

Bersyukur kerana semalam PTS telah menyerahkan novel saya untuk dibuat bacaan pruf. Khabarnya boleh terbit sekitar hujung Jun. Ah, pantas sekali mereka bekerja. Terima kasih Puan Ainon dan editor-editornya yang baharu tetapi cepat sekali belajar untuk mempertingkat diri!

Hari ini juga saya ke Pesta Buku sekali lagi (tentu sahaja berganding (dan dating) dengan CEO Ujana Ilmu). Banyak juga buku yang saya beli untuk diri sendiri sebagai hadiah hari lahir untuk diri sendiri dan juga untuk anak-anak.

Bersyukur kerana Allah memberi kekuatan untuk terus menulis dan memperjuangkannya.

13 ulasan:

Welma La'anda berkata...

Salam,

Moga terus kuat berkarya :).

D'Rimba berkata...

JANGAN LUPA PERJELASKAN ISU BAHASA MELAYU DI RTM MALAM INI PEJUANG BAHASA SEKALIAN...............GEGARKAN RTM...SEDARKAN KAMI ANAK BANGSA BETAPA PENTING ACUAN TERSENDIRI BERERASKAN ISLAM SEJATI BUKAN BARAT SANA SINI SEPERTI SEKARANG INI.

Abdul Rahman Sokran berkata...

Salam.

Sewaktu Pak Nal bercakap dalam telefon petang tadi "Kauperlu tengok TV1 jam 9.30 malam nanti!" Saya kata "saya dah baca blog Puan Nisah pagi-pagi lagi." Maka sudah tentulah saya dan Pak Nal antara penonton "Di Luar Lingkungan" dengan tajuk "Melarik Minda Kelas Pertama..." sebentar tadi....

fadzil yusof berkata...

Salam.

Saya tengok di tivi yang hampir uzur. Dapat juga tengok, alhamdulilah.

Menarik. Sangat, sangat, sangat...

Apapun, tahniah kepada Puan Nisah Haron.

Rasanya, paling cun pula bila hujah-hujah itu berdiri tambah bila berdirinya hujah dengan Pn Ainon...
Ah, sudah Puan Ainon pun cun....

masyaAllah....

D'Rimba berkata...

Berkumandang suara saudari Serikandi bangsa di media. Tahniah atas kupasan isu mantap antaranya isu sistem pendidikan menilai berdasarkan keputusan peperiksaan di atas kertas semata. Kurang diterapkan nilai Islam dan diseimbangkan antara teori dan praktikalnya bagi melahirkan ramai generasi pencipta dan pengeluar sesuatu produk bermula dari tadika hingga di universiti..Sesungguhnya matapelajaran dan sukatan berkaitan penciptaan dan perniagaan perlu dititik beratkan dan dilaksanakan secara berkesan bermula di tadika hingga universiti bagi membudayakan perniagaan sekaligus dapat melahirkan usahawan berjaya secara tak langsung membuka ruang dan peluang pekerjaan lebih banyak kepada diri sendiri mahupun orang lain.......Tahniah sekali lagi. Sayalah orang pertama yang menelefon rancangan ini tadi membangkitkan isu terjemahan ilmu dalam bahasa Melayu beracuan tersendiri berteraskan Islam sejati. Saya amat cintakan bahasa amat hormati pejuang bahasa setiap gerak dan tindakan kalian akan kujejaki jua.

Kamariah Kamarudin berkata...

Nisah,
salam hari lahir; semoga dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT sepanjang masa. tahniah ke udara di RTM1, tapi tak sempat menonton tv kerana ada urusan lain waktu itu.

Bunnybaby berkata...

Salam.

Harap belum terlambat untuk saya mengucapkan "Selamat Hari Lahir yang ke-??"

Terima kasih juga kepada puan kerana mengingatkan saya tentang DLL malam semalam :-)

salam ukhwah fi sabilillah berkata...

Sanah Helwah Ya Ukht..

Semoga diberkati Allah senantiasa

A.Z. Haida berkata...

salam,

selamat hari lahir
semoga terus diberi kekuatan dan dirahmati Allah dalam perjuangan...

Nisah Haji Haron berkata...

Terima kasih semua!

Drimba, saya sedikit kecewa dengan soalan sdr. Saya harapkan kepada orang yang sering meninggalkan jejak di banyak blog tentulah mampu membikin soalan yang menggambarkan pemikiran kelas pertama. Sayang sekali, itu soalan klise daripada mahasiswa yang takut kepada serangan barat dan langsung tidak bersedia untuk mempertahankan diri, apatah lagi untuk menyerang balas dengan wacana tersendiri.

Jiwa Rasa berkata...

Salam ulangtahun kelahiran.

Saya di Pesta Buku pada hari Ahad, tetapi tak sempat ke Forum Sai-Fi.

Isnin petang pulang ke Ipoh. Mujur sempat menonton DLL. Isunya menarik dan ahli panelnya juga hebat-hebat. Saya rasa waktu sejam tidak mencukupi. Harap ada program susulan untuk tajuk yang sama.

Budaya membaca memang sudah berkembang. Saya dapat rasakan peningkatan berbanding semasa saya mula menulis di blog tahun 2004.

Khalayak pembaca buku berbahasa Melayu sudah bertambah, begitu juga penulisnya.

Kini tugas penulis untuk meningkatkan mutu penulisan, supaya pembaca juga mendapat ilmu dari apa yang dibaca.

Pembaca juga perlu meningkatkan tahap pembacaan supaya memilih bahan bacaan yang bagus..

D'Rimba berkata...

Baiklah saya kan mencuba meningkatkan kualiti tapi percayalah saya sedang dikelilingi anak bangsa yang makin menjauhi acuan tersendiri berteraskan Islam sejati itulah tercetus soalan sedemikian rupa kerana bimbang. Secara jujur kami anak bangsa amat dahagakan ilmu yang hebat dalam bahasa sendiri untuk dipelajari diterapkan nilai dan Islam sejati........Saya tekankan terjemahan ilmu dalam bahasa sendiri supaya kita boleh terapkan acuan dan nilai Islam dalam seluruh ilmu........

D'Rimba berkata...

Apa yang saya maksudkan telahpun dikupas dengan rapi oleh Puan Ainon malam itu, itulah maksud saya yang sebenar lagi jelas. Sememangnya saya bukan tergolong dalam minda kelas pertama seperti saudari tapi masih tetap cintakan menuntut ilmu dalam bahasa sendiri beracuan tersendiri berteraskan Islam sejati. Sedikit tersasar sangkaan saudari serikandi bangsa berminda kelas pertama terhadap saya mengaibkan saya di sini. Saya tidak rela pemikiran kelas pertama dengan segala acuan barat, saya lebih rela pemikiran saya dikuasai Islam sejati dijamin Allah menuju sempurna...

Related Posts with Thumbnails