Hadiah Hari Lahir
Terima kasih atas semua tanda ingatan dan doa buat saya sekeluarga.
Saya ada beribu-beribu sebab untuk bersyukur kepada Allah kerana masih memanjangkan usia saya bagi meneruskan perjuangan.
Terima kasih atas kiriman hadiah dan juga kejutan dalam majlis Forum Mini - Konvensyen Sai-Fai semalam. Saya sungguh teruja menyambut hari lahir dikelilingi buku.
Malam ini juga saya akan ke udara di RTM bagi memperkatakan tentang buku dan minda kelas pertama.
Bersyukur kerana semalam PTS telah menyerahkan novel saya untuk dibuat bacaan pruf. Khabarnya boleh terbit sekitar hujung Jun. Ah, pantas sekali mereka bekerja. Terima kasih Puan Ainon dan editor-editornya yang baharu tetapi cepat sekali belajar untuk mempertingkat diri!
Hari ini juga saya ke Pesta Buku sekali lagi (tentu sahaja berganding (dan dating) dengan CEO Ujana Ilmu). Banyak juga buku yang saya beli untuk diri sendiri sebagai hadiah hari lahir untuk diri sendiri dan juga untuk anak-anak.
Bersyukur kerana Allah memberi kekuatan untuk terus menulis dan memperjuangkannya.
Ulasan
Moga terus kuat berkarya :).
Sewaktu Pak Nal bercakap dalam telefon petang tadi "Kauperlu tengok TV1 jam 9.30 malam nanti!" Saya kata "saya dah baca blog Puan Nisah pagi-pagi lagi." Maka sudah tentulah saya dan Pak Nal antara penonton "Di Luar Lingkungan" dengan tajuk "Melarik Minda Kelas Pertama..." sebentar tadi....
Saya tengok di tivi yang hampir uzur. Dapat juga tengok, alhamdulilah.
Menarik. Sangat, sangat, sangat...
Apapun, tahniah kepada Puan Nisah Haron.
Rasanya, paling cun pula bila hujah-hujah itu berdiri tambah bila berdirinya hujah dengan Pn Ainon...
Ah, sudah Puan Ainon pun cun....
masyaAllah....
salam hari lahir; semoga dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT sepanjang masa. tahniah ke udara di RTM1, tapi tak sempat menonton tv kerana ada urusan lain waktu itu.
Harap belum terlambat untuk saya mengucapkan "Selamat Hari Lahir yang ke-??"
Terima kasih juga kepada puan kerana mengingatkan saya tentang DLL malam semalam :-)
Semoga diberkati Allah senantiasa
selamat hari lahir
semoga terus diberi kekuatan dan dirahmati Allah dalam perjuangan...
Drimba, saya sedikit kecewa dengan soalan sdr. Saya harapkan kepada orang yang sering meninggalkan jejak di banyak blog tentulah mampu membikin soalan yang menggambarkan pemikiran kelas pertama. Sayang sekali, itu soalan klise daripada mahasiswa yang takut kepada serangan barat dan langsung tidak bersedia untuk mempertahankan diri, apatah lagi untuk menyerang balas dengan wacana tersendiri.
Saya di Pesta Buku pada hari Ahad, tetapi tak sempat ke Forum Sai-Fi.
Isnin petang pulang ke Ipoh. Mujur sempat menonton DLL. Isunya menarik dan ahli panelnya juga hebat-hebat. Saya rasa waktu sejam tidak mencukupi. Harap ada program susulan untuk tajuk yang sama.
Budaya membaca memang sudah berkembang. Saya dapat rasakan peningkatan berbanding semasa saya mula menulis di blog tahun 2004.
Khalayak pembaca buku berbahasa Melayu sudah bertambah, begitu juga penulisnya.
Kini tugas penulis untuk meningkatkan mutu penulisan, supaya pembaca juga mendapat ilmu dari apa yang dibaca.
Pembaca juga perlu meningkatkan tahap pembacaan supaya memilih bahan bacaan yang bagus..