Khamis, Ogos 20, 2009

Lentera Mustika - Komen Dunia-Novel


Ulasan dipetik dari blog Dunia Novel:
"Sejujurnya, aku tak pernah sekali pun membaca novel Nisah Haron walaupun aku pernah 'jumpa' novel-novel dia yang terdahulu dan aku pernah dengar namanya. Tetapi masa aku nampak Lentera Mustika dan hanya membaca komen Dato' A. Samad Said di muka depan dan blurb di belakang, aku terus tak fikir panjang, ambil dan terus bayar. Gerak hati kuat mengatakan yang Lentera Mustika tidak akan menghampakan aku.

` Dalam Lentera Mustika ada cinta, ada ilmu...memang lain dari yang lain...kiranya tak rugilah aku membeli dan membaca Lentera Mustika..rasa bahagia sangat baca watak Ainur Mustika ni...dia ni seorang yang gigih memperjuangkan puisi warisan.

Keseluruhannya aku suka cerita ni CUMA aku tak berapa suka..."

Baca ulasan sepenuhnya di sini.


** Pembaca yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kehidupan Ainur Mustika selepas berkahwin dan memiliki seorang anak angkat/tiri sekaligus, boleh membaca Mencari Locus Standi. Novel ini sudah semakin sukar diperolehi di pasaran, sila dapatkan dari kedai buku online Ujana Ilmu.

Klik pada pautan ini untuk pembelian terus : http://www.ujanailmu.com.my/pd_mencari.cfm

Membeli secara online di Ujana Ilmu, anda tidak semestinya memiliki kad kredit. Ketahui cara-cara pembayaran lebih lanjut di sini.

3 ulasan:

saya berkata...

Salam Kak Nisah. Ulasan tentang Novel Lentera Mustika juga boleh didapati http://naimisa.blogspot.com/


Shahrul Nizam.

hasni Jamali berkata...

Salam manis,

kak nisah, baru saja kita berjumpa tengah hari tadi. masih ingat saya? (sudi-sudilah ke blog saya) :)

hmm, nanti lain masa, bawa novel Lentera Mustika ini ya. mahu beli dan dapatkan tanda tangan daripada kak nisah sendiri serta ucapan semangat bakal penulis ini. heheh...

ya, kak nisah. moga jumpa lagi di bengkel penulisan kreatif anjuran ppbkm, UKM. saya hasni. sebaris duduknya dengan kak nisah, diapit dr.mawar dan kak damya semasa bengkel cikgu Shamsia Mohd.Nor. moga jumpa lagi ya. :)

salam manis

hasni Jamali berkata...

(dari blog hasni)

salam manis, kak nisah.
oh ya? hmm, cantik bakul kak nisah. hijau warna kegemaran saya. :)
baik, nanti singgahla ke UKM lagi, mahu tanda tangan juga ya. dan ucapan sedikit sebagai perangsang untuk menulis. :)

Related Posts with Thumbnails