Ahad, Ogos 16, 2009

Lentera Mustika - Komen Welma La'anda


"Betul kata Faisal Tehrani, Tidak ada yang dapat mencabar Nisah Haron dalam 'wilayahnya' menerusi buku ini. Ternyata cinta, seni dan undang-undang sangat mesra saling berkait antara satu sama lain di dalam kehidupan.

Saya kira penulis berjaya menyampaikan 3 elemen itu kepada para pembaca. Saya sendiri kurang pasti apakah mesej tunggal sebenar yang penulis mahu sampaikan menerusi Lentera Mustika untuk menjadi bekal-bekalan kepada pembaca : cinta kepada warisan seni melayu?, faham perundangan? atau memaknai hubungan hati antara lelaki dan perempuan?, kerana semua mesej-mesej itu seimbang disampaikan. Apa yang pasti, buat diri saya, ketika saya mengakhiri halaman-halaman terakhir Lentera Mustika, ternyata bukan ketiga-tiga perkara itu menguasai pemikiran saya tetapi lebih condong kepada soal memandang kehidupan dengan lebih baik. Mungkin disebabkan itu saya mengakhiri buku ini dengan air mata walaupun cerita tidak diakhiri dengan kesedihan."

Baca lanjut ulasan daripada blogger Welma La'anda tentang Lentera Mustika.

** Jika novel Lentera Mustika tidak terdapat di kedai-kedai buku di kawasan anda, sila tinggalkan komen dengan menyatakan daearah anda. Jika mahu lebih mudah, pesan terus dari www.ujanailmu.com.my ataupun terus ke laman http://www.ujanailmu.com.my/pd-lentera-mustika.cfm. Mahu ditandatangani oleh pengarangnya juga boleh, asalkan maklum kepada pihak Ujana Ilmu melalui e-mel : webmaster@ujanailmu.com.my.

- Pihak pengurusan Ujana Ilmu

2 ulasan:

_deli berkata...

Salam sdr Nisah,

Tadi malam baru den_nai khatam Lentera Mustika. Novel pertama sdr yang den_nai baca. Tidak menghampakan.

Lantas, teringin pula menguliti Mencari Locus Standi. Den_nai ingin meng'usik' sedikit isi cerita LM ini, tapi bukan di sini.

Yang den_nai tertanya, siapa wali Mustika? Tercari-cari pula semasa majlis pernikahannya.

Nisah Haji Haron berkata...

Sdr Deli,
Terima kasih kerana sudi membaca LM. Kalau mahu MLS, sila pesan dari http://www.ujanailmu.com.my/pd_mencari.cfm - ini kedai buku online saya.

Seperti yang pernah kita bincangkan tempoh hari, dalam sesebuah karya sastera : ada yang tersurat dan ada yang tersirat. Ada yang disiratkan di sebalik kisahnya. Andai tidak jelas, barangkali itu ialah kelemahan saya juga.

Terima kasih kerana menjadi pembaca yang prihatin.

Related Posts with Thumbnails