Selasa, Oktober 06, 2009

Ulasan "Lentera Mustika" di dalam Harian Metro






Ketika mendapat SMS daripada Sdr Roslan Isa, saya sedang menikmati sarapan pagi di warung berdekatan dengan kediaman. Selepas minum, terus sahaja ke kedai runcit berhampiran dan mendapatkan naskhah Harian Metro. Benarlah, hari ini Al-Abror Yusof telah mengulas "Lentera Mustika". Saya kira dia telah membacanya kerana ulasan yang diberikan bukanlah sekadar resensi biasa ataupun orang yang hanya membaca blurb dan kemudian membaca secara tebuk-tebuk (kemudian terus keluar teori itu-ini).



2 ulasan:

Norbaya Ma berkata...

Salam lebaran yang masih ada. Tahniah buat Pn Nisah Haron, kerana novel Pn diangkat dan diberikan ulusan oleh penulis/ pengkritik karya. Pada hemat saya tidak semua karya yang terpilih akan diberikan pujian.. Saya belum lagi membacanya InsyaAllah saya pasti akan memiliki karya tersebut...Teruskan berkarya kami sebagai pembaca inginkan karya yang bermutu bukan lagi karya picisan yang penuh stereotaip..

maryam berkata...

Salam.
Sdr Nisah,

Sudah menjadi adat, penulis hanya menulis. Terpulang kepada khalayak, sama ada suka atau tidak suka. Terpulang juga kepada pengulas dan pengkritik, sama ada memuji atau sebaliknya. Karya penulis merupakan suatu yang bersifat subjektif nilainya di fikiran setiap pembaca.

Nasihat saya: seorang penulis perlu besar jiwanya menghadapi apa juga reaksi pembaca, pengulas atau pengkritik setiap karyanya. Sdr boleh saja menghadap cermin dan berkata, "Aku cantik..." walaupun sebenarnya sdr belum tentu cantik di mata orang lain. Sekiranya sdr bertanya pendapat orang lain, sdr mahu orang itu berkata jujur atau sebaliknya?

Bukalah minda, dan besarkan jiwa sdr. Seorang penulis harus ada daya tahan terhadap apa jua tafsiran orang terhadapnya atau karyanya. Jangan jadi penulis jika sdr tidak dapat mengawal emosi sdr.

Saya harap sdr terbuka menerima nasihat saya. Saya sudah terlalu lama dalam industri penulisan dan penerbitan ini. Dan pada saya, sdr hanya baru bertemu dengan hujung bongkah suasana sebenar dunia sastera.

Selamat berkarya.
Wassalam.

Related Posts with Thumbnails