Nisah Haron Online dalam BH

Terima kasih kepada pihak Berita Harian yang memetik blog ini untuk dimuatkan di dalam segmen sastera.com hari ini.


Baca artikel tersebut di sini.

Isu yang dipilih untuk ruangan sastera.com itu merupakan entri saya yang berjudul "Ada Apa Dengan Bengkel Penulisan".

Ulasan

Rusdi Abd Rahman berkata…
Pn. Nisah,
1. Saya selaku salah seorang antara ramai khalayak yang sering berkunjung dan membaca blog puan, seawal pagi (dalam pukul 8 - 9 pagi) membaca akhbar arus perdana lalu membaca artikel yang dimuatkan ini dalam akhbar BH. Tahniah puan.
2. Dalam 1 - 2 minggu akan datang saya @ DBPWS akan terbitkan (dalam bentuk khidmat sosial) dua antologi cerpen dan puisi hasil karya pelajar yang mengikuti Perkampungan Penulis Muda Pelajar Sekolah Menengah Johor / Melaka DBPWS 2008 - 2009, hajat di hati ingin berikan kepada puan juga termasuk antologi tahun 2006 - 2007 sebagai koleksi puan kerana puan salah seorang pendorong utama di Malaysia ini yang memangkinkan semangat penulis muda @ remaja untuk berkarya, ya... lihat sahaja MPR, puan salah seorang tenaga kuatnya. Nanti saya kirimkan naskhahnya.
Nisah Haji Haron berkata…
Encik Rusdi,
Terima kasih kerana menjadi pengunjung setia. Saya tidak dapat mengemaskini selalu, harus berbahagi masa dengan keutamaan hidup yang lain.

2. Tentang kiriman buku, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Saya bukanlah nama besar seperti yang tuan sebutkan. Hanya terlibat dalam MPR sekitar 2 - 3 tahun. Saya cuba membantu sesiapa sahaja yang sungguh-sungguh mahu menulis. Selebihnya, usaha penulis itu sendiri. Saya sentiasa doakan mereka ini berjaya.

Catatan Popular