Cerpen di MM


Alhamdulillah. Cerpen terkini yang menjadi penutup kepada Ahad terakhir 2010 di Mingguan Malaysia. Terima kasih, editor ruangan sastera!
“Suatu hari nanti, dengan keadaan cuaca dunia yang tidak menentu dan negara kita tiba-tiba didatangi Zaman Ais. Lalu, kita yang tidak bersedia ini cuba menyelamatkan diri. Bayangkan kita berdua terperangkap di dalam gudang buku yang Anum sebutkan tadi. Untuk memanaskan badan, kita tidak ada pilhan kecuali membakar buku-buku yang ada di dalam gudang ini. Pada ketika itu, barulah buku-buku yang tidak dijual itu menjadi sangat berguna!”

- Petikan Sayap-sayap Kecil di Graha Jentayu
Mingguan Malaysia, 26 Disember 2010

Boleh baca edisi online di sini.

Ulasan

encik kerani berkata…
Kenapa karya sastera tidak ditulis semudah ini? Saya selalu mengikuti ruangan sastera tetapi selalu tidak dapat menghabiskan membaca cerpennya. Penulis sastera nampaknya lebih suka menulis sesuatu yang abstrak mungkin untuk menunjukkan diri mereka bijak.
Sebab itu orang melayu sendiri pun tidak suka membaca sastera melayu (Apatah lagi orang marhaen seperti saya).
Terima kasih Nisah Haron kerana menulis karya yang boleh dibaca, difahami dan diambil iktibar. Dan terima kasih juga kepada editor minggu ini yang menerbitkannya.

p/s : Analogi Fahrenheit 451 itu memang sangat menakutkan dalam masa yang sama menyedihkan. Terbayang pula golongan black metal yang sanggup membakar alQuran.
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum, tahniah Puan atas cerpennya di MM. Saya ingin bertanya, bagaimana hendak menghantar karya baik cerpen atau puisi di Mingguan Malaysia iya? - Terima Kasih
Nisah Haji Haron berkata…
Azree, terima kasih.

Encik Kerani, saya tak boleh komen stail penulis lain. Saya pernah 'dihukum' sebagai penulis yang 'menyusahkan' pembaca kerana saya ada menulis cerpen yang mungkin orang lain sukar memahaminya seperti "Persidangan Agung Wanita Klasik", "Lading Masih Di Tangan" dan "Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus". Tetapi semua itu 'disukarkan' kerana ada sebab tertentu. Cerpen itu bukan untuk dibaca oleh sesiapa sahaja, hanya untuk pembaca tertentu dan ditulis untuk tujuan tertentu.

Karya di akhbar seperti Mingguan Malaysia dan Berita Harian/Minggu haruslah mesra khalayak kerana pembacanya ialah orang awam dan bukannya golongan sastera elitis.

Kematangan penulis juga meningkat bersama-sama usia.

p/s : Novel Fahrenheit 451 itu harus dibaca oleh semua pencinta buku.

Putra Rman,
Terima kasih atas ucapan. Boleh hantar guna e-mel kepada editornya sdr Kuseman di labuan02@yahoo.com. Tapi, kalau puisi sdr sudah tersiar di blog, itu dianggap sudah terbit. Harap hantar karya yang masih 'dara' dan belum 'melihat' dunia kepada editor mana-mana penerbitan. Sekadar peringatan mengenai etika penerbitan. Terus menulis!

Catatan Popular