Kembara Sastera 4: Hay-on-Wye Bhg. 2
Di pintu masuk utama Hay Festival |
Sekitar pukul 11.00 pagi selesai merayau di Hay Festival. Apa yang ada di Hay Festival? Di sini tempat berlangsungnya acara-acara sastera dan acara yang berkaitan dengan buku. Ada sesi bersama-sama pengarang, sesi autograf, pameran seni dan budaya. Di sini bukanlah sebuah pesta buku seperti yang ada di KLIBF atau mana-mana pesta buku yang kita tahu di Malaysia.
Di sini juga ada banyak orang jual bunga dan peralatan taman kerana orang-orang Inggeris, khususnya di kawasan countryside amat akrab dengan taman. Bayangkan sahajalah cottage yang pernah dibaca di dalam buku-buku, sebuah cottage mesti ada taman kecil di depan rumah. taman itu juga boleh sahaja taman bunga campur kebun sayur.
Menjual barang berkaitan dengan taman. Jag ini digunakan sebagai pasu untuk bunga-bunga kecil. |
Ada ungkapan yang menyatakan, jika seseorang itu punya perpustakaan dan sebuah taman bunga, berertinya hidupnya sudah lengkap.
Sangat suka cara mereka menghias tangga, tingkap dan bahagian luar rumah dengan bunga begini. |
Dengan kata-kata itu, dan ingatan bahawa Allah sentiasa bersama-sama saya. perjalan ke tempat asing ini saya lakukan; dengan bekalan yang sederhana dan persediaan seadanya.
Tiket bas ulang-alik di Hay Festival |
Pekan Hay-On-Wye, yang menjadi pekan buku pertama dunia tumbuh secara organik di sini. Dalam deretan kedai di pekan ini, selang satu dua kedai ialah kedai buku. Kedai-kedai ini ada yang mengkhusus menjual buku terpakai seperti pelopornya Richard Booth, yang memiliki kedai buku Richard Booth's Bookshop. Selain daripada itu, kedai-kedai buku yang lain ada yang mempunyai pengkhususan tertentu seperti kedai buku yang khusus menjual peta, khusus menjual buku thriller dan macam-macam lagi. Ada juga kedai yang hanya menjilid buku (bookbinders).
Suka hendak digambarkan perasaan saya pada ketika itu. Hanya pencinta buku sahaja yang tahu!
Budaya membaca yang sangat subur di sini. Tengah panas terik (tapi anginnya nyaman) pun nenek ini boleh membaca akhbar |
Semoga Kota Buku yang diimpikan di Kuala Lumpur itu tidak terlalu pretentious sifatnya. Hay-On-Wye lahir daripada mereka yang passionate tentang buku. Bukan mereka yang hanya tahu mengaut untung. Peribadi, saya tidak menyokong Kota Buku harus berada di Kuala Lumpur. Lokasinya harus keluar dari bandar besar tetapi masih mudah untuk dikunjungi. Bandar Seremban sebenarnya jauh lebih baik. Orang buku tidak suka suasana hiruk-pikuk kota. Tak perlu jauh ke dalam bandar, saya terfikir mengapa tidak gudang TESCO lama (dahulu Makro Seremban, kini TESCO juga sudah tidak ada kerana TESCO sudah berpindah di lokasi baharu), dijadikan pusat buku sehenti (one-stop centre).
Ah, macam-macam yang saya fikirkan sepanjang kembara singkat ini.
Berikut beberapa gambar yang sempat saya rakamkan di sekitar pekan buku Hay-On-Wye :
Kedai buku untuk charity. Buku terpakai dengan harga murah. Kena rajin belek satu-satu, kalau-kalau ada judul yang menarik |
Bahagian dalam Kedai Buku Richard Booth |
Lokasi berikutnya : Manchester.
Ulasan
Saya masih berangan-angan mahu melawat semua kota buku di seluruh dunia. Sehingga kini, baru 3 (Hay-on-Wye, Langkawi, dan Wigtown di Scotland).
Kata-kata Hemingway,Goethe,dan ungkapan mengenai perpustakaan dan taman bunga itu, menusuk hati. Mohon izin puan bagi memetiknya.
Entri puan ini membuatkan saya bersemangat pada pagi ini. :-)
Ya silakan. Semoga ada manfaat untuk orang lain juga.
Terima kasih, Puan. Sebagaimana petikan Hemingway itu menggembirakan Puan, serupa itulah kata-kata itu menusuk ke jiwa saya.
Terima kasih. Semoga selamat mengembara di sana!
-Waida-
Kembara sering mengajar sesuatu yang baharu buat kita. Kembara itu juga tidak semestinya ke luar negara. Kembara membuat kita keluar dari zon selesa. Lantas, memaksa akal kita berfikir luar daripada cara yang biasa.
Insya-Allah, perkara yang baik itu akan dibantu Tuhan. Jika sudah sampai ketikanya nanti, kita boleh berbincang dan bertukar-tukar maklumat. Akan saya bantu dengan sedikit pengetahuan yang ada ini.