Kembara Sastera 23 : Dublin Bhg. 5
Dublin Writers Museum bukan sahaja untuk penulis buku sastera @ buku serius. Tempat ini turut meraikan penulis-penulis buku kanak-kanak yang berasal dari tempat ini. Mungkin tidak ramai yang saya kenali namanya. Namun, adakalanya judul karya terus dapat memperkenalkan pengarangnya kepada pembaca. Kita pun akan terfikir :
"Eh, di mana pernah aku dengar nama ini?" atau
"Judul buku ini seperti pernah kudengar..."
Lalu, apabila terpandang nama Marita Conlon-McKenna dalam barisan nama-nama pengarang karya kanak-kanak Ireland, saya tidak pandang dua kali. Tetapi, apabila catatan itu menyatakan novel kanak-kanak yang ditulisnya ialah Under the Hawthorn Tree, itu membuatkan deria-deria fikir saya terangsang dan teringat pada imej buku tersebut.
Mengapa judul buku ini terasa familiar?
Sebab buku yang sama pernah diterjemahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan judul Di Bawah Pohon Hawthorn. Majlis pelancaran buku ini pernah dirakam oleh KlikDBP dan melalui carian, saya menjumpai tulisan mengenai majlis tersebut.
Di sini juga baru saya tahu sebenarnya buku Under the Hawthorn Tree ialah buku pertama daripada siri "The Famine Trilogy" (Trilogi Kebuluran). Buku yang kedua ialah Wildflower Girl dan ketiga ialah Fields of Home.
Semua sumber tentang Marita Conlon-McKenna dan buku-bukunya dipetik dari sini.
Bahagian kanak-kanak yang khusus di Dublin Writers Museum ini bukan sekadar mengangkat seorang pengarang ini sahaja. Sungguh ramai dan tidak semuanya saya kenali. Tetapi, itu tidak penting. Membaca karya mereka nanti juga boleh membuat saya perlahan-lahan mengenali siapakah pengarang-pengaran ini. Tidak guna jika kita berasa takjub dan teruja dengan pengarangnya tetapi kita tidak pernah sekali pun membaca karya-karyanya. Jadi, biarlah saya kenal karyanya dahulu sebelum saya ambil tahu tentang pengarangnya dengan lebih lanjut.
Sesuai dengan namanya ruangan untuk pengarang kanak-kanak, ruang ini juga dibuat sungguh kondusif untuk pembaca cilik. Sejak awal lagi, kanak-kanak di sini sudah berpeluang mengenali siapakah pengarang buku mereka. Ruangan yang mempamerkan buku dan pengarangnya ini disusun dengan cara yang ceria dan sesuai untuk menarik perhatian kanak-kanak. Ada boneka watak-watak yang 'dihidupkan' semula. Ada mock-up buku yang dibesarkan saiznya. Ada replika pool of youth yang mungkin sahaja wujud dalam mana-mana buku cerita kanak-kanak. Terdapat juga sebuah pentas yang sesuai untuk melakukan sesi bercerita, pementasan drama dan acara-acara berkaitan yang turut boleh menghidupkan suasana di sini.
Demikian, pengarang diraikan di sini. Pengarang buku kanak-kanak bukanlah penulis kelas kedua tetapi sama penting dengan sasterawan lain yang diangkat. Pun, harus diingat bahawa pengarang buku kanak-kanak di sini menghormati pembacanya. Menulis buku untuk kanak-kanak bukanlah sesuatu yang boleh dianggap enteng dan mudah. Saya faham bagaimana sukarnya untuk 'turun' ke aras pemikiran kanak-kanak tanpa memperkecilkan mereka. Kesukaran itu ialah cabaran kepada pengarang buku kanak-kanak. Tidak boleh sama sekali membina sikap, 'ah, buku kanak-kanak bukannya susah, satu hari boleh siap 5 - 6 cerita sehari!'
Dengan sikap yang demikian, saya melihat buku untuk kanak-kanak (khususnya dalam Bahasa Melayu) dihasilkan dengan sambil lewa, sekadar mahu mendapat kontrak perpustakaan (walau bukan semuanya begitu). Walaupun warna-warni dan dalam edisi mewah (kulit tebal, harga mahal) namun, kandungannya tidak banyak yang menggugah minda kanak-kanak. Masih ada pengarang yang bernostalgia dengan zaman kanak-kanaknya. Kanak-kanak sekarang memiliki minda yang lebih hebat, selaras dengan pendedahan media elektronik dan media alternatif yang menawarkan banyak maklumat dengan sekelip mata. Lantas, buku harus menawarkan sesuatu yang tidak ada dalam media-media yang lain.
Saya dan Ainun terasa seperti menjadi kanak-kanak semula apabila berada di ruangan pengarang kanak-kanak ini. Betapa kanak-kanak itu penuh dengan imaginasi dan angan-angan. Pun, setelah kita semakin dewasa, kita sendiri yang membunuh imaginasi dan sekali gus membunuh kreativiti serta potensi diri.
Usah berhenti bermimpi dan mengejar serta mengerjakan mimpi kita! Kita harus cari peluang untuk hidup di dalam impian, bukan sekadar mengimpikan sebuah kehidupan.
Ruangan ini terlalu indah untuk kami tinggalkan. Namun, kami harus beredar ke bahagian yang lain. Agak lama juga kami di sini. Lebih dua jam, saya fikir. Perut masih kenyang kerana makan "Nasi Goreng Dublin" di apartmen Ainun. Jadi, kami tidak singgah minum kopi dulu di sini, tetapi tetap meninjau bagaimanakah rupanya Chapterhouse Cafe. Lalu, kami ambil gambar kafenya sahaja.
Selepas itu, terus ke Volume Bookshop membeli cenderamata. Ini sebenarnya kedai buku (sesuai dengan namanya Volume Bookshop) yang juga menjual cenderamata. Ah, kami larut lagi di dalam tempat ini. Betapa saya menyabarkan diri untuk tidak membeli banyak buku kerana saya tidak mahu 'tersangkut' di Lapangan Terbang Dublin kerana RyanAir menahan saya daripada naik kapal terbang (atau bayar kos yang tinggi kerana beg berat dek buku). Saya memujuk diri bahawa buku-buku yang boleh dipesan secara online melalui Amazon atau Book Depository tidak perlulah saya bersusah payah membelinya di sini. Memanglah kepuasan membeli secara terus berbeza dengan pembelian online, namun saya harus berfikir secara praktikal. Membeli hanya benda yang sukar diperoleh secara online.
"Eh, di mana pernah aku dengar nama ini?" atau
"Judul buku ini seperti pernah kudengar..."
Lalu, apabila terpandang nama Marita Conlon-McKenna dalam barisan nama-nama pengarang karya kanak-kanak Ireland, saya tidak pandang dua kali. Tetapi, apabila catatan itu menyatakan novel kanak-kanak yang ditulisnya ialah Under the Hawthorn Tree, itu membuatkan deria-deria fikir saya terangsang dan teringat pada imej buku tersebut.
Mengapa judul buku ini terasa familiar?
Sebab buku yang sama pernah diterjemahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan judul Di Bawah Pohon Hawthorn. Majlis pelancaran buku ini pernah dirakam oleh KlikDBP dan melalui carian, saya menjumpai tulisan mengenai majlis tersebut.
Penterjemah Puan Hajah Ramlah Muhammad (tengah) bergambar bersama-sama wakil Kedutaan Ireland dan Ketua Pengarah DBP. |
"Novel ini mengisahkan tiga beradik, Eily, Michael dan Peggy yang mengharungi kehidupan sukar pada zaman kebuluran besar yang melanda Ireland pada tahun 1880-an. Akibat kebuluran, adik bongsu mereka meninggal dunia dan dikebumikan di bawah pohon hawthorn. Ibu bapa mereka keluar mencari makanan, namun tidak kembali dan dipercayai telah mati. Untuk mengelakkan diri daripada menjadi buruh paksa dan tinggal di rumah perlindungan orang miskin, mereka keluar dari rumah dan merantau beratus-ratus batu untuk mencari nenek saudara mereka. Dalam perjalanan, mereka menyaksikan kesengsaraan akibat kebuluran – orang ramai berebut-rebut makanan, kanak-kanak terbiar, orang ramai beratur panjang di dapur sup untuk orang miskin, pengemis, penyakit dan serangan anjing liar. Dengan diketuai oleh Eily yang berumur dua belas tahun, mereka terpaksa mencari makanan untuk mengalas perut, melindungi diri dan mencari jalan ke tempat yang ditujui." (Sumber di sini)
Gambar dan maklumat tentang pengarang dipamerkan di Dublin Writers Museum - bahagian buku kanak-kanak Ireland |
Marita Conlon-McKenna |
Semua sumber tentang Marita Conlon-McKenna dan buku-bukunya dipetik dari sini.
Bahagian kanak-kanak yang khusus di Dublin Writers Museum ini bukan sekadar mengangkat seorang pengarang ini sahaja. Sungguh ramai dan tidak semuanya saya kenali. Tetapi, itu tidak penting. Membaca karya mereka nanti juga boleh membuat saya perlahan-lahan mengenali siapakah pengarang-pengaran ini. Tidak guna jika kita berasa takjub dan teruja dengan pengarangnya tetapi kita tidak pernah sekali pun membaca karya-karyanya. Jadi, biarlah saya kenal karyanya dahulu sebelum saya ambil tahu tentang pengarangnya dengan lebih lanjut.
Buku bersaiz besar - supaya kanak-kanak boleh 'tenggelam' dalam dunia buku! |
Pool of Youth - susunan cermin dan batu |
Pentas. Ada buku mock-up. Watak daripada buku yang ditampal pada dinding, juga nama pengarangnya di bawah setiap imej. |
Sisi lain pentas. Bayangkan, boleh berdiri dan bercerita / berlakon dengan buku besar itu sebagai latar belakang. Pasti kanak-kanak turut 'masuk' dan larut ke dalam cerita |
Saya dan Ainun terasa seperti menjadi kanak-kanak semula apabila berada di ruangan pengarang kanak-kanak ini. Betapa kanak-kanak itu penuh dengan imaginasi dan angan-angan. Pun, setelah kita semakin dewasa, kita sendiri yang membunuh imaginasi dan sekali gus membunuh kreativiti serta potensi diri.
Usah berhenti bermimpi dan mengejar serta mengerjakan mimpi kita! Kita harus cari peluang untuk hidup di dalam impian, bukan sekadar mengimpikan sebuah kehidupan.
Ruangan ini terlalu indah untuk kami tinggalkan. Namun, kami harus beredar ke bahagian yang lain. Agak lama juga kami di sini. Lebih dua jam, saya fikir. Perut masih kenyang kerana makan "Nasi Goreng Dublin" di apartmen Ainun. Jadi, kami tidak singgah minum kopi dulu di sini, tetapi tetap meninjau bagaimanakah rupanya Chapterhouse Cafe. Lalu, kami ambil gambar kafenya sahaja.
Kafe yang masih lagi mempamerkan gambar-gambar penulis tempatan. Saya membayangkan sebuah kafe di Malaysia yang mempamer gambar penulis kita. Mungkin di kafe DBP harus ada! |
Rak buku khusus untuk penulis Irish |
Pintu masuk kedai |
Lalu saya membeli Dubliners - kumpulan cerpen James Joyce bersaiz mini (6" x 4") berkulit tebal dengan harga 8.99 Euro. Tidak ketinggalan, membeli poskad untuk dipos kepada sahabat istimewa dan semestinya, kirim poskad kepada diri sendiri sebagai satu bukti saya sendiri telah sampai ke tempat berkenaan.
(Mungkin suatu hari nanti, saya ada poskad yang cukup banyak untuk diterbitkan sebagai 'self-addressed postcard' book!)
(Mungkin suatu hari nanti, saya ada poskad yang cukup banyak untuk diterbitkan sebagai 'self-addressed postcard' book!)
Kalau boleh, saya memang mahu membeli poster penulis-penulis Irish tetapi, saya sukar untuk membawanya ke mana-mana untuk kembara yang seterusnya dan tidak mungkin dimasukkan ke dalam bagasi kerana poster itu nanti akan terkeronyok. Jadi, saya rakam dengan minda sahaja dan untuk memujuk diri juga saya redha membeli poskad yang memaparkan Irish Writers.
Dalam perjalanan keluar dari kedai Volume Bookshop dan seterusnya dari Dublin Writers Museum, saya tertarik dengan lukisan Mia Funk yang memaparkan imej-imej pengarang Irish dalam lukisannya yang berjudul "The Audience: Irish Writers' - Blue".

Selesai satu lokasi wajib untuk saya dalam Kembara Sastera edisi Dublin. Seterusnya ada satu lagi lokasi. Terus terang saya tidak tahu di mana letak duduknya "James Joyce Centre" - pusat yang mengangkat secara khusus pengarang kelahiran Dublin yang dikatakan mempunyai 17 buah rumah di Dublin sahaja. Saya serahkan semuanya kepada Ainun. Kami tinggalkan Dublin Writers Museum dengan rasa puas dan mendapat ilmu serta maklumat baharu. Apatah lagi, mengenali lebih ramai pengarang Irish dan dapat meluaskan lagi pilihan bahan bacaan.
Ulasan