Kembara Sastera 34 : London Bahagian 6
84, Charing Cross Road
Ada dua lokasi di United Kingdom yang menguja saya supaya datang ke Tanah Inggeris ini :
Dengan penuh debaran, saya mempercepatkan langkah. Saya terpandang nama jalan yang ditampal di kebanyakan tempat sepanjang laluan ini. Benarlah, jalan ini bernama Charing Cross! Soalnya, di manakah nombor 84 itu?
Seperti kata jurujual di kedai alat-alat lukisan Cass Art London di dalam entri sebelum ini, benarlah di kawasan ini ada banyak kedai-kedai buku terpakai atau second hand book dealers. Dahulu, saya tidak faham mengapa kedai buku terpakai menjadi satu bisnes yang baik di sini. Saya pernah membaca tentang hal ini seawal tulisan Christopher Morley yang berjudul Parnassus on Wheel - kisah penjual buku terpakai yang membawa kereta kudanya (wagon) dari kampung ke kampung menawarkan buku-buku yang baik tetapi bukanlah buku baharu.
Melalui bacaan juga saya dapati, apabila seorang yang kaya meninggal dunia, ada yang menjual perpustakaan peribadi kerana itu juga sebahagian daripada aset si mati. Agen pembeli buku terpakai inilah yang akan membelinya dan kemudian menjualnya kepada pihak ketiga yang berminat untuk mendapatkan buku-buku yang lama tetapi sangat berkualiti. Melalui buku 84, Charing Cross Road pula saya melihat bahawa ada satu komuniti yang memang suka membeli buku terpakai ini. Mereka seronok apabila mendapat buku demikian, apatah lagi apabila dapat pula mengetahui nama pemilik terdahulu. Lebih membahagiakan bahawa buku yang sama ini telah berjaya membahagiakan lebih daripada orang pemiliknya.
Saya temui kisah (kali ini fiksyen) tentang dua orang yang bertemu kerana sebuah buku dalam novel epistolari berjudul The Guernsey Literary and Potato Peel Pie Society karya Mary Ann Shaffer dan Annie Barrows. Juga kisah buku, persahabatan dan pascaperang. Saya pernah tulis reviu buku tersebut di Goodreads. Boleh baca di sini.
Akhirnya saya memahami sedikit sebanyak mengapa penjual buku terjadi. Hartanah di United Kingdom mahal, khususnya di bandar-bandar besar. Mereka yang mampu memiliki rumah, pastinya orang yang berada. Yang kurang mampu, akan menyewa. Rumah mereka kecil kerana faktor cuaca juga. Rumah memerlukan alat pemanas ketika musim dingin. Rumah yang kecil ruangannya dapat mengoptimumkan penggunaan alat pemanas dan boleh menjimatkan kos.
Oleh sebab rumah yang kecil, pencinta buku terpaksa buat pilihan ketika membeli buku. Jika mahu tambah 5 naskhah judul baharu, seseorang yang sudah mempunyai rak yang penuh, harus 'keluarkan' sejumlah buku yang sedia ada bagi memberi ruang kepada buku yang lebih baru itu. Lantas, buku lama ini harus dijual, sama ada kepada agen penjual buku terpakai, atau semasa car boot sale dengan harga yang nominal.
Sistem ini telah merancakkan penjual buku terpakai dan 'rajanya' ialah Richard Booth yang pernah memiliki Richard Booth Bookstore di Hay-on-Wye. Kedai beliau merupakan kedai buku terpakai pertama di luar London yang sekali gus menaikkan nama pekan kecil itu menjadi Kampung Buku Pertama Dunia. Hal ini juga ada ditulis oleh Richard Booth di dalam autobiografinya My Kingdom of Books.
Saya ada menulis tentang Hay-on-Wye Bahagian 1 dan Bahagian 2 dalam entri terdahulu.
Saya sudah terlalu jauh melencong bercerita tentang industri buku terpakai dan saya sungguh-sungguh mencuci mata sepanjang jalan kerana memang benarlah, ada banyak deretan kedai buku terpakai di sini dan juga di Cecil Street. Cuma, saya masih lagi tidak berada di 84, Charing Cross Road. Saya jalan langkah demi langkah, melintasi lorong demi lorong yang merentangi Charing Cross Road. Boleh dikatakan, hampir setiap kedai saya ambil gambarnya, hinggakan kedai "Pizza Hutt" saya abadikan juga tetapi kedai itu bernombor 83.
Saya semakin berdebar!
Saya melintas jalan lagi. Kedai yang berikutnya di seberang jalan itu ialah kedai bernombor 84. Saya tahu kedai Marks & Co. sudah lama tutup. Malah Helene Hanff sendiri tidak dapat bertemu dengan Frank Doel yang bertugas di kedai itu kerana kedai itu sudah ditutup sekitar 1950-an lagi. Helene juga datang mencari Frank dan juga kedai bernombor 84, Charing Cross Road. Dia masih berpuas hati jika yang dilihat itu hanyalah tapak kedai sahaja.
Saya juga demikian.
Saya masih berdiri di persimpangan jalan. Lampu isyarat dengan imej the little red man masih belum berubah menjadi the little green man. Debaran saya memuncak.
Sebaik-baik sahaja lampu bertukar hijau, saya melangkah bersama-sama pejalan kaki yang punya tujuan tersendiri. Saya ada tujuan saya juga. Lalu, saya terus melangkah dan berhenti betul-betul di hadapan kedai yang memiliki no. 84, Charing Cross Road itu.
Kedai itu kini dinamakan Med Kitchen, sebuah restoran. Tidak ada apa-apa yang istimewa tentang restoran itu bagi saya. Cuma, saya cukup teruja kerana akhirnya saya sampai juga ke bekas kedai yang pernah menemukan buku dan mempererat persahabatan seisi warga kedai buku Marks & Co. dengan Helene Hanff suatu masa dahulu.
Inilah bekas kedai yang pernah merumahkan kedai buku terpakai Marks & Co.! Saya tersenyum riang. Saya ambil gambar kedai ini entah berapa kali. Paling manis, pada tiang kedai ini ada dilekatkan satu tanda yang mengesahkan bahawa inilah kedai yang saya cari-cari!
Saya merasai bahagia itu bagai terapung di sekeliling saya. Saya tersenyum. Hati saya juga tersenyum. Saya membayangkan dunia harus berhenti kerana semuanya harus meraikan apa yang saya temui di Kota London ini. Saya pandang kiri, saya pandang kanan. Sayangnya, dunia masih berjalan seperti biasa. Orang ramai di Kota London tetap berjalan seperti selalunya.
Teringat terus kepada kata-kata Helene Hanff dalam bukunya itu : "If you happen to pass by 84 Charing Cross Road, kiss it for me? I owe it so much." Helene, saya tak fikir saya boleh begitu kepada restoran ini.
Tiada siapa pun di sisi saya untuk meraikan suatu euforia yang luar biasa ini. Hanya pencinta buku sahaja yang faham perasaan saya pada ketika itu. Orang lain barangkali hairan : apakah masalah wanita ini yang sangat teruja apabila ternampak sebuah restoran sedangkan dia tidak masuk pun untuk makan!
Saya teringin untuk mengambil gambar di hadapan kedai itu, sayangnya, plat yang bertulis "The booksellers Marks & Co were on this site..." itu diletakkan agak tinggi. Kalau saya guna tripod, ia harus diletakkan di tengah jalan. Tentulah itu suatu yang mustahil apabila Charing Cross Road itu sendiri sebuah jalan raya yang sangat sibuk.
Sudahnya, saya tidak pasti reaksi yang bagaimana harus saya tunjukkan. Hendak telefon orang di Malaysia sekali pun, rasa seperti kurang logik kerana pukul 3.00 petang di London bermakna lebih kurang pukul 10 - 11 malam di tanah air. Masa itu juga saya membayangkan, alangkah lebih bahagianya jika saya ada seseorang di sisi - suami, sahabat, pencinta buku - yang boleh berkongsi rasa gembira itu.
Saya mundar-mandir di hadapan restoran itu beberapa minit lagi sebelum patah semula mengikut laluan yang sama menuju haluan Trafalgar Square. Saya sudah capai apa yang saya cita-citakan sejak saya membaca 84, Charing Cross Road (Helene Hanff).
Rasa letih yang menyelubungi diri, kaki yang terasa sengal dan sakit kerana berjalan sejak dari Kensington Garden - Buckingham Palace - Trafalgar Square sehinggalah ke Charing Cross ini masih belum mampu menguasai diri. Euforia atau rasa gembira ini masih menjadi anestetik kepada diri.
Apakah kembara saya di London sudah tamat? Oh, belum lagi. Masih ada kisah tentang kedai buku yang saya singgah dalam perjalanan pulang ke hostel. Mungkin di dalam entri yang berikutnya.
Leicester Square Station, Charing Cross Road, London. Kredit foto : Nisah Haron |
- Lake District - setelah menonton filem "Miss Potter" (2006) dan membaca biografi Beatrix Potter serta karya-karyanya. Beliau banyak menghasilkan buku cerita kanak-kanak yang sangat terkenal di serata dunia; dan
- 84, Charing Cross Road - sebuah buku yang menghimpunkan kisah dua sahabat seberang lautan yang membeli buku secara pos pasca Perang Dunia Kedua. Seorang di Amerika Syarikat, si pembeli bernama Helene Hanff dan Frank Doel, pekerja yang bertugas di kedai buku Marks & Co. yang beralamat di no. 84, Charing Cross Road, London. Saya pernah menulis tentang buku itu di sini.
Kredit foto : Nisah Haron |
Seperti kata jurujual di kedai alat-alat lukisan Cass Art London di dalam entri sebelum ini, benarlah di kawasan ini ada banyak kedai-kedai buku terpakai atau second hand book dealers. Dahulu, saya tidak faham mengapa kedai buku terpakai menjadi satu bisnes yang baik di sini. Saya pernah membaca tentang hal ini seawal tulisan Christopher Morley yang berjudul Parnassus on Wheel - kisah penjual buku terpakai yang membawa kereta kudanya (wagon) dari kampung ke kampung menawarkan buku-buku yang baik tetapi bukanlah buku baharu.
Melalui bacaan juga saya dapati, apabila seorang yang kaya meninggal dunia, ada yang menjual perpustakaan peribadi kerana itu juga sebahagian daripada aset si mati. Agen pembeli buku terpakai inilah yang akan membelinya dan kemudian menjualnya kepada pihak ketiga yang berminat untuk mendapatkan buku-buku yang lama tetapi sangat berkualiti. Melalui buku 84, Charing Cross Road pula saya melihat bahawa ada satu komuniti yang memang suka membeli buku terpakai ini. Mereka seronok apabila mendapat buku demikian, apatah lagi apabila dapat pula mengetahui nama pemilik terdahulu. Lebih membahagiakan bahawa buku yang sama ini telah berjaya membahagiakan lebih daripada orang pemiliknya.
Saya temui kisah (kali ini fiksyen) tentang dua orang yang bertemu kerana sebuah buku dalam novel epistolari berjudul The Guernsey Literary and Potato Peel Pie Society karya Mary Ann Shaffer dan Annie Barrows. Juga kisah buku, persahabatan dan pascaperang. Saya pernah tulis reviu buku tersebut di Goodreads. Boleh baca di sini.
Akhirnya saya memahami sedikit sebanyak mengapa penjual buku terjadi. Hartanah di United Kingdom mahal, khususnya di bandar-bandar besar. Mereka yang mampu memiliki rumah, pastinya orang yang berada. Yang kurang mampu, akan menyewa. Rumah mereka kecil kerana faktor cuaca juga. Rumah memerlukan alat pemanas ketika musim dingin. Rumah yang kecil ruangannya dapat mengoptimumkan penggunaan alat pemanas dan boleh menjimatkan kos.
Oleh sebab rumah yang kecil, pencinta buku terpaksa buat pilihan ketika membeli buku. Jika mahu tambah 5 naskhah judul baharu, seseorang yang sudah mempunyai rak yang penuh, harus 'keluarkan' sejumlah buku yang sedia ada bagi memberi ruang kepada buku yang lebih baru itu. Lantas, buku lama ini harus dijual, sama ada kepada agen penjual buku terpakai, atau semasa car boot sale dengan harga yang nominal.
Sistem ini telah merancakkan penjual buku terpakai dan 'rajanya' ialah Richard Booth yang pernah memiliki Richard Booth Bookstore di Hay-on-Wye. Kedai beliau merupakan kedai buku terpakai pertama di luar London yang sekali gus menaikkan nama pekan kecil itu menjadi Kampung Buku Pertama Dunia. Hal ini juga ada ditulis oleh Richard Booth di dalam autobiografinya My Kingdom of Books.
Saya ada menulis tentang Hay-on-Wye Bahagian 1 dan Bahagian 2 dalam entri terdahulu.
Saya sudah terlalu jauh melencong bercerita tentang industri buku terpakai dan saya sungguh-sungguh mencuci mata sepanjang jalan kerana memang benarlah, ada banyak deretan kedai buku terpakai di sini dan juga di Cecil Street. Cuma, saya masih lagi tidak berada di 84, Charing Cross Road. Saya jalan langkah demi langkah, melintasi lorong demi lorong yang merentangi Charing Cross Road. Boleh dikatakan, hampir setiap kedai saya ambil gambarnya, hinggakan kedai "Pizza Hutt" saya abadikan juga tetapi kedai itu bernombor 83.
Saya semakin berdebar!
Saya melintas jalan lagi. Kedai yang berikutnya di seberang jalan itu ialah kedai bernombor 84. Saya tahu kedai Marks & Co. sudah lama tutup. Malah Helene Hanff sendiri tidak dapat bertemu dengan Frank Doel yang bertugas di kedai itu kerana kedai itu sudah ditutup sekitar 1950-an lagi. Helene juga datang mencari Frank dan juga kedai bernombor 84, Charing Cross Road. Dia masih berpuas hati jika yang dilihat itu hanyalah tapak kedai sahaja.
Saya juga demikian.
Saya masih berdiri di persimpangan jalan. Lampu isyarat dengan imej the little red man masih belum berubah menjadi the little green man. Debaran saya memuncak.
Sebaik-baik sahaja lampu bertukar hijau, saya melangkah bersama-sama pejalan kaki yang punya tujuan tersendiri. Saya ada tujuan saya juga. Lalu, saya terus melangkah dan berhenti betul-betul di hadapan kedai yang memiliki no. 84, Charing Cross Road itu.
Dahulunya kedai buku Marks & Co. Kini restoran. Plat di bahagian kiri tiang berwarna perang mengesahkan inilah tempat yang saya cari-cari. kredit foto : Nisah Haron |
Inilah bekas kedai yang pernah merumahkan kedai buku terpakai Marks & Co.! Saya tersenyum riang. Saya ambil gambar kedai ini entah berapa kali. Paling manis, pada tiang kedai ini ada dilekatkan satu tanda yang mengesahkan bahawa inilah kedai yang saya cari-cari!
kredit foto : Nisah Haron |

Ulasan