Kembara Sastera 37 : Coventry
Ini bukanlah kali pertama saya ke Coventry.
Mungkin saya tidak sempat mencatatkan sebelum ini bahawa sebaik-baik sahaja kapal terbang mendarat di Birmingham International Airport, saya disambut sahabat lama sewaktu sama-sama menjadi mahasiswi di Fakulti Undang-undang UKM. Enam tahun kami bergelumang dengan pengajian dan banyak sekali pahit manis yang kami tempuhi. Kini dia bakal bergelar 'Dr. Dina Imam Supaat' apabila dia menyudahkan Ph.D dalam masa yang terdekat ini. Saya doakan yang terbaik untuk sahabat saya, Dina!
Dina juga yang menemani dan menjadi pemandu dari Birmingham International Airport terus ke Stratford-upon-Avon, tempat kelahiran Shakespeare. Memang saya tidak sempat hendak jet-lagged atau terasa penat kerana semuanya sesuatu yang baharu dan saya datang dengan rasa teruja.
Usai sepetang di Stratford (catatannya boleh dibaca di sini) Dina terus membawa saya rumah Puteri Al-Insyirah yang lebih mesra dengan panggilan Kak Ira pada saya. Mereka berdua tidak saling berkenalan tetapi keakraban sesama bangsa dan agama di tanah asing ini segera mengukuhkan ukhwah kami. Di Coventry, kami disambut dengan hidangan istimewa Kak Ira : nasi ayam, spaghetti bolognaise dan kek red velvet (yang ditempah khusus untuk pertemuan ini).
Saya mengenali Kak Ira dan kali pertama bertemu pada 5 Jun 1992. Ketika itu saya memenangi Hadiah Sastera Siswa - Bank Rakyat 1991 atau ringkasnya HSSBR '91 (penyampaiannya pada tahun 1992). Itulah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Dewan Bahasa dan Pustaka. Tahun itu saya menang cerpen "Atlantis Duniaku Duniamu". Saya datang sekeluarga : ayah, emak, adik dan nenek pun saya bawa sama. Maklumlah ini merupakan kemenangan peringkat nasional yang pertama untuk saya dan juga dalam keluarga.
Di bangunan lama DBP, saya disambut oleh Puan Zaiton Abu Samah (sidang editorial Dewan Siswa) dan juga Kak Ira sendiri. Apabila saya memberitahu nama saya, kedua-duanya menyambut saya bagai sudah kenal lama. Itulah kali pertama saya mengerti bahawa antara penulis dengan penulis, kami telah lama akrab hatta sebelum berkenalan secara peribadi.
Apabila saya tahu yang Kak Ira itu ialah Puteri Al-Insyirah Megat Sapeli, giliran saya pula terlopong kerana selama ini saya hanya mengenali nama itu dengan cerpennya yang paling legendary "Puteri Dayana". Dia merupakan suri teladan saya yang terawal dalam Dewan Siswa. Namanya memang sudah lama saya bariskan dengan Hizairi Othman, Arfah Ahmad, Alina Idris, Lily Haslina Nasir dan mereka yang seangkatan.
Seharian kami bermesra-mesra dari DBP ke Hotel Pan Pacific (ketika itu) kerana majlis penyampaian HSSBR '91. Di dalam majlis yang sama juga saya pertama kali mengenali Saharil Hasrin Sanin; melihat Pak Samad Said dari jauh (kerana rasa terlalu kecil untuk menegur apatah lagi untuk meminta autografnya). Ketika itu, Kak Ira dan Saharil tampak lebih selesa di DBP kerana pada tahun sebelumnya, mereka telah menghadiri Minggu Penulis Remaja 1991, pastinya DBP menjadi rumah kedua mereka selama tempoh tersebut. Saya sendiri mantan peserta MPR 1993.
Selepas daripada itu saya dan Kak Ira membawa haluan sendiri. Saya di Matrikulasi Undang-undang UKM dan kemudian meneruskan ijazah pertama dalam bidang yang sama di tempat yang sama. Saya dan Kak Ira hanya berutus surat - berkajang-kajang setiap satunya. Kami selalu bergurau menyatakan warkah kami sama panjangnya dengan sebuah cerpen kerana dalam setiap warkah, masing-masing memang tidak pandai hendak menulis singkat-singkat.
Sejak itu, saya tidak fikir jalan kami bertemu. Saya masih berhubung melalui e-mel walaupun tidak sekerap menulis surat berkajang-kajang. Setahu saya selepas itu, Kak Ira lebih banyak di luar negara kerana mengikut suaminya. Yang paling saya ingat ialah Norwich (sebutannya norish). Setelah bertemu kembali, baru saya tahu bahawa Coventry ada lokasi luar negaranya yang ketiga selepas Brighton dan Norwich. Kak Ira berada di tempat-tempat tersebut kerana mengikut suami bertugas dan kini suaminya sedang menyambung pengajian di peringkat PhD di University of Warwick.
5 Jun 1992 kami pertama kali bertemu di DBP.
3 Jun 2011 kami bertemu semula, di Tile Hill, Coventry.
Alangkah manisnya, takdirmu Tuhan!
Di Coventry pada 3 Jun itu, saya sepatutnya singgah sebentar kerana Dina ada acara lain pada sebelah malam. Pukul 7.00 petang (ketika itu belum malam lagi) sepatutnya sudah berada kembali di Birmingham tetapi kehangatan dan kemesraan kami menyebabkan kami akhirnya meninggalkan Coventry hampir pukul 8.00 malam dengan janji bahawa saya akan datang semula ke Coventry pada akhir perjalanan, sebelum berangkat pulang ke KLIA.
Pada hari ini saya lunaskan janji itu.
Perjalanan dari London Euston ke Canley selama 2 jam 20 minit itu bagai tidak terasa. Banyak yang dapat saya catat dan juga baca sewaktu berada di dalam kereta api cross country ini. Tidak kurang juga mengambil gambar kerana saya sentiasa mencari peluang duduk di tepi tingkap.
Kereta api meninggalkan Stesen London Euston pada pukul 10.50 pagi. Saya jarang mahu lelap di dalam kereta api kerana saya suka mendengar pengumuman perjalanan, sama ada di stesen itu sendiri atau pun pengumuman sepanjang perjalanan di dalam kereta api.
Pengumumannya berbunyi lebih kurang begini : "This is the 10.50 cross-country train to Coventry. Calling at Watford Junction, Milton Keynes Central, Rugby, and Coventry." (Jika mahu dengar pengumumannya boleh cari di Youtube dan masukkan kata kunci 'train announcement uk'. Cari pengumuman yang guna suara seorang perempuan. Ada juga yang lelaki.)
Saya suka apabila ada suara perempuan yang mersik membuat pengumuman. Nadanya profesional, jelas dan sesiapa yang faham bahasa Inggeris tidak ada masalah langsung untuk ambil kereta api untuk ke mana-mana sahaja di sini. Di kaunter, petugasnya sentiasa bersedia membantu. Belum pernah sepanjang pengalaman sejak mendarat di Birmingham sehinggalah saya pulang saya bertemu dengan mana-mana petugas di kaunter yang bermasam muka.
Di Coventry saya bertukar laluan untuk ke Canley.
Keselesaan di dalam tren ini menyebabkan logistik bukanlah suatu masalah. Ada ruangan tempat letak bagasi tidak jauh dari pintu masuk dan kita boleh duduk di tempat yang disediakan di dalam koc yang sama. Ada meja lipat dan tempat letak air. Saya yang sudah sarapan nasi Restoran Khan itu langsung menggunakan meja itu untuk mencatat nota perjalanan dan juga membaca. Atas meja itu sentiasa ada buku nota dan kamera.
Saya mengambil gambar papan tanda setiap stesen dan buku nota mencatat nama-nama stesen sebagai back up dan cara ini lebih memudahkan ingatan. Saya catatkan juga pukul berapa kereta api sampai pada setiap stesen.
Misalnya :
Walaupun mengikut jadual perjalanan sepatutnya memakan masa 2 jam lebih, sudahnya saya sampai Canley tidak sampai pun 2 jam, kereta apinya siap sampai lebih awal dari jadual di beberapa tempat sehingga terpaksa menunggu jadual asal. Itu pun masih lagi boleh sampai lebih awal dari yang sepatutnya. Efisien sungguh!
Mungkin saya tidak sempat mencatatkan sebelum ini bahawa sebaik-baik sahaja kapal terbang mendarat di Birmingham International Airport, saya disambut sahabat lama sewaktu sama-sama menjadi mahasiswi di Fakulti Undang-undang UKM. Enam tahun kami bergelumang dengan pengajian dan banyak sekali pahit manis yang kami tempuhi. Kini dia bakal bergelar 'Dr. Dina Imam Supaat' apabila dia menyudahkan Ph.D dalam masa yang terdekat ini. Saya doakan yang terbaik untuk sahabat saya, Dina!
Lapangan Terbang Antarabangsa Birmingham. Kredit foto : Nisah Haron |
Dina juga yang menemani dan menjadi pemandu dari Birmingham International Airport terus ke Stratford-upon-Avon, tempat kelahiran Shakespeare. Memang saya tidak sempat hendak jet-lagged atau terasa penat kerana semuanya sesuatu yang baharu dan saya datang dengan rasa teruja.
"Jejak Kasih Ira & Nisah" tulisan di atas kek. |
Saya mengenali Kak Ira dan kali pertama bertemu pada 5 Jun 1992. Ketika itu saya memenangi Hadiah Sastera Siswa - Bank Rakyat 1991 atau ringkasnya HSSBR '91 (penyampaiannya pada tahun 1992). Itulah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Dewan Bahasa dan Pustaka. Tahun itu saya menang cerpen "Atlantis Duniaku Duniamu". Saya datang sekeluarga : ayah, emak, adik dan nenek pun saya bawa sama. Maklumlah ini merupakan kemenangan peringkat nasional yang pertama untuk saya dan juga dalam keluarga.
Di bangunan lama DBP, saya disambut oleh Puan Zaiton Abu Samah (sidang editorial Dewan Siswa) dan juga Kak Ira sendiri. Apabila saya memberitahu nama saya, kedua-duanya menyambut saya bagai sudah kenal lama. Itulah kali pertama saya mengerti bahawa antara penulis dengan penulis, kami telah lama akrab hatta sebelum berkenalan secara peribadi.
Cerpen oleh Puteri Al-Insyirah. Ilustrasi : A. Ghafar Bahari (Gopa). Sumber : Dewan Siswa Ogos 1989 |
Seharian kami bermesra-mesra dari DBP ke Hotel Pan Pacific (ketika itu) kerana majlis penyampaian HSSBR '91. Di dalam majlis yang sama juga saya pertama kali mengenali Saharil Hasrin Sanin; melihat Pak Samad Said dari jauh (kerana rasa terlalu kecil untuk menegur apatah lagi untuk meminta autografnya). Ketika itu, Kak Ira dan Saharil tampak lebih selesa di DBP kerana pada tahun sebelumnya, mereka telah menghadiri Minggu Penulis Remaja 1991, pastinya DBP menjadi rumah kedua mereka selama tempoh tersebut. Saya sendiri mantan peserta MPR 1993.
Selepas daripada itu saya dan Kak Ira membawa haluan sendiri. Saya di Matrikulasi Undang-undang UKM dan kemudian meneruskan ijazah pertama dalam bidang yang sama di tempat yang sama. Saya dan Kak Ira hanya berutus surat - berkajang-kajang setiap satunya. Kami selalu bergurau menyatakan warkah kami sama panjangnya dengan sebuah cerpen kerana dalam setiap warkah, masing-masing memang tidak pandai hendak menulis singkat-singkat.
Sejak itu, saya tidak fikir jalan kami bertemu. Saya masih berhubung melalui e-mel walaupun tidak sekerap menulis surat berkajang-kajang. Setahu saya selepas itu, Kak Ira lebih banyak di luar negara kerana mengikut suaminya. Yang paling saya ingat ialah Norwich (sebutannya norish). Setelah bertemu kembali, baru saya tahu bahawa Coventry ada lokasi luar negaranya yang ketiga selepas Brighton dan Norwich. Kak Ira berada di tempat-tempat tersebut kerana mengikut suami bertugas dan kini suaminya sedang menyambung pengajian di peringkat PhD di University of Warwick.
5 Jun 1992 kami pertama kali bertemu di DBP.
3 Jun 2011 kami bertemu semula, di Tile Hill, Coventry.
Alangkah manisnya, takdirmu Tuhan!
Pertemuan dengan Kak Ira di Coventry 3 Jun. Jejak kasih selepas 19 tahun! |
Pada hari ini saya lunaskan janji itu.
Perjalanan dari London Euston ke Canley selama 2 jam 20 minit itu bagai tidak terasa. Banyak yang dapat saya catat dan juga baca sewaktu berada di dalam kereta api cross country ini. Tidak kurang juga mengambil gambar kerana saya sentiasa mencari peluang duduk di tepi tingkap.
Kereta api meninggalkan Stesen London Euston pada pukul 10.50 pagi. Saya jarang mahu lelap di dalam kereta api kerana saya suka mendengar pengumuman perjalanan, sama ada di stesen itu sendiri atau pun pengumuman sepanjang perjalanan di dalam kereta api.
Pengumumannya berbunyi lebih kurang begini : "This is the 10.50 cross-country train to Coventry. Calling at Watford Junction, Milton Keynes Central, Rugby, and Coventry." (Jika mahu dengar pengumumannya boleh cari di Youtube dan masukkan kata kunci 'train announcement uk'. Cari pengumuman yang guna suara seorang perempuan. Ada juga yang lelaki.)
Saya suka apabila ada suara perempuan yang mersik membuat pengumuman. Nadanya profesional, jelas dan sesiapa yang faham bahasa Inggeris tidak ada masalah langsung untuk ambil kereta api untuk ke mana-mana sahaja di sini. Di kaunter, petugasnya sentiasa bersedia membantu. Belum pernah sepanjang pengalaman sejak mendarat di Birmingham sehinggalah saya pulang saya bertemu dengan mana-mana petugas di kaunter yang bermasam muka.
Di Coventry saya bertukar laluan untuk ke Canley.
Hujan masih renyai di Watford Junction. Kredit foto : Nisah Haron |
Saya mengambil gambar papan tanda setiap stesen dan buku nota mencatat nama-nama stesen sebagai back up dan cara ini lebih memudahkan ingatan. Saya catatkan juga pukul berapa kereta api sampai pada setiap stesen.
Misalnya :
- 10:50 am - bertolak dari London Euston
- 11:03 am - Watford Junction
- 11:28 am - Milton Keynes Central (tren berhenti lama di sini kerana lebih awal dari jadual)
- 12.00 pm - Rugby
- 12.14 pm - bertolak dari Rubgy (tidak tahu kenapa tren berhenti di sini juga)
- 12.35 pm - Coventry (turun untuk tukar line - tunggu tren ke Canley)
- 12.38 pm - sampai di Canley
Walaupun mengikut jadual perjalanan sepatutnya memakan masa 2 jam lebih, sudahnya saya sampai Canley tidak sampai pun 2 jam, kereta apinya siap sampai lebih awal dari jadual di beberapa tempat sehingga terpaksa menunggu jadual asal. Itu pun masih lagi boleh sampai lebih awal dari yang sepatutnya. Efisien sungguh!
Di Canley, suami dan anak-anak Kak Ira menjemput saya di stesen. Untuk kali kedua saya sampai di Coventry semula.
Ulasan