Ucapan Hari Raya yang betul

Ucapkan salam hari raya itu dengan betul.

Saya sering terjumpa ungkapan sesetengah pihak yang mahu menggunakan Bahasa Arab apabila mahu mengucap Selamat Hari Raya, seperti (terjemahan langsung daripada saya) :
  • Eid Mubarak (hari raya yang berkat)
  • Kullu 'amin wa antum bikhair  (secara harfiah bermaksud - sejahteralah kamu sepanjang tahun) 
  • Minal 'aidin wal faizin 
 Antara tiga ucapan di atas, "minal 'aidin wal faizin" agak popular kerana sering disebut di dalam lirik lagu raya. Namun, kesilapan lazimnya ialah disebut sebagai 'minal aidil wal faizin'. Lantas, saya menjumpai kesilapan yang sama ini diulang-ulang dalam media cetak, media elektronik atau media baharu.

Jadi, hari ini marilah kita betulkan ucapan tersebut kerana ejaan di dalam bahasa Arabnya adalah seperti yang di bawah :

kredit foto : Nisah Haron

Kalau tidak pasti, tidak menjadi kesalahan pun jika kita ucapkan di dalam bahasa Melayu, Inggeris, Jawa, Bugis atau apa-apa sahaja dialek yang mempunyai makna yang sama. Asalkan jangan salah sebut. Ayuh kita hormati dan betulkan apa juga jenis bahasa yang kita gunakan. Bukan setakat bahasa Melayu, Inggeris, Arab malah bahasa-bahasa lain juga.

Lagu raya yang di bawah ini menyebut ungkapan tersebut dengan betul :





Ulasan

DAMAI SURIA berkata…
Bersetuju dengan ucapan perlu tepat, nanti pula lain bunyinya, berakhir pula salah makna. Kita memasuki pertengahan Ramadhan. Salam Ramadhan buat Pn. Nisah sekeluarga.
cikgunurulizza berkata…
assalamualaikum akak, saya sangat suka "post" ini..penggunaan bahasa melayu yang betul untuk "minal 'aidin wal faizin" terima kasih di atas info ini :)

Catatan Popular