Rakaman Resensi Buku RTM 1
Bersama-sama Sayed Munawwar
Ini bukanlah kali pertama bersiaran dalam Resensi Buku RTM1. Kali pertama, barangkali di studio RTM sewaktu membicarakan novel Mencari Locus Standi dan juga kemudiannya buku Karya Kita Hak Kita. Kedua-duanya ditangani Tuan Sayed Munawwar. Memang mudah bekerja dengan perantara seperti beliau yang mahir dengan buku, faham tentang dunia buku dan juga penulis. Soalannya membuatkan kita mudah berbicara tentang apa yang kita mahu perkatakan dan menepati pula kehendak penerbitan.
Semalam rakaman kali pertama di luar studio. Rakaman dijalankan di aras satu Perpustakaan Kuala Lumpur yang sangat cantik. Bangunannya cantik di luar dan cantik lagi di bahagian dalam. Kondusif untuk buat rujukan sambil termenung memerhatikan Bandar Raya Kuala Lumpur.
Rakamannya singkat tetapi seperti biasa, persediaan sebelum rakaman lebih panjang. Persediaan seperti solekan, memasang mikrofon dan posisi yang sesuai untuk penggambaran.
Nantikan siarannya. Saya juga tidak pasti tarikh dan masa. Akan diumumkan kemudian. Untuk foto-foto lain, ada di Facebook Nisah Haron - Pengarang.
Bahagian luar Perpustakaan Kuala Lumpur. Foto ini diambil pada waktu lain kerana semalam hujan. Kredit foto masih Nisah Haron. |
Rakamannya singkat tetapi seperti biasa, persediaan sebelum rakaman lebih panjang. Persediaan seperti solekan, memasang mikrofon dan posisi yang sesuai untuk penggambaran.
Sedang rakaman. Menerangkan kandungan buku dan tentang kembara. Terima kasih, Cik Ainunl Muaiyanah, pegawai ITBM yang tolong merakam foto-foto "The Making of..." Kredit foto : Nisah Haron |
Nantikan siarannya. Saya juga tidak pasti tarikh dan masa. Akan diumumkan kemudian. Untuk foto-foto lain, ada di Facebook Nisah Haron - Pengarang.
Ulasan