CSRO - edisi terbaharu

Apabila saya membuat keputusan untuk menerbitkan sendiri kumpulan cerpen Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus (CSRO) pada tahun 2006, saya tidak berapa optimis yang buku ini akan melalui proses cetak ulang. Tetapi, siapa sangka buku ini sudah masuk cetakan keempat sejak mula diterbitkan.

CSRO juga telah memenangi Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2007 bagi kategori Kumpulan Cerpen.

Untuk itu, bagi mendokumentasikan hal tersebut, saya telah meletakkan pengiktirafan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sembilan pada kulit hadapan CSRO.

Inilah kelebihan buku terbit sendiri dan menggunakan kaedah print-on-demand. Penulis boleh mengawal berapakah jumlah yang mahu diterbitkan pada setiap cetakan. Tidak kurang dengan itu, penulis juga boleh menentukan kehendak visual buku.

Pada setiap cetakan juga boleh dibuat sebarang perubahan yang bersesuaian sekiranya penulis tidak berpuas hati dengan edisi ataupun cetakan terawal.

Bagi yang telah memiliki buku ini, tidak ada sebarang perubahan pada isi buku - kecuali beberapa kesalahan ejaan yang sempat saya temui dan perbetulkan dalam cetakan yang berikutnya. Dalam tiga edisi cetakan terawal juga saya meletakkan kata-kata "dengan kata pengantar oleh sasterawan negara a. samad said", bagi edisi kali ini, saya percaya CSRO sudah boleh berdiri sendiri tanpa endorsement tersebut.

Namun demikian, kata pengantar oleh Pak Samad tetap dikekalkan dalam CSRO berserta imej tulisan tangan beliau sebagai bukti kukuh kepada pembaca.

Ada satu perkara yang membezakan kumpulan cerpen CSRO dengan buku-buku kumpulan cerpen yang pernah diterbitkan pengarang lain ialah kehadiran "Nota Nisah" pada setiap penghujung cerpen. "Nota Nisah" ialah catatan ringkas pengarang terhadap hal yang menjadi inspirasi, cetusan ataupun sedikit proses kreatif - bagaimana cerpen tersebut dihasilkan.

Buku ini boleh dibeli hanya di www.ujanailmu.com.my secara berasingan ataupun boleh membeli Pakej Sasterawan yang mengandungi CSRO, Kekasih Sam Po Bo (Faisal Tehrani) & Rindu Ibu (A. Samad Said) dengan harga yang lebih menjimatkan.

Pautan pada catatan terdahulu :

CSRO di tangan Dr. Anwar Ridhwan
Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus - Rem
Pakej Buku di Ujana Ilmu
Tulisan Tangan Pak Samad
Siapa Sangkuriang?
Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
semua antologi cerpen sepatutnya disusun macam ini. hanya yang kurangnya buku ini, teks yang bercerita di sebalik setiap cerpen tu harus lebih pajang-panjang lagi..
Mohd Faizal berkata…
Tabiat buruk pencinta buku di
http://mundarmandir2.blogspot.com/2008/07/tabiat-buruk-pencinta-buku.html
Tanpa Nama berkata…
Kak Nisah,

Kulit CSRO cetakan terbaru ni ringkas tapi sangat menawan terutama busurnya, teruja hati saya nak memiliki.
Fatih Najwa berkata…
puan nisah,
saya cukup akrab dengan legenda sangkuriang sebab itu cerita dari daerah saya, tanah sunda.

saya akan beli novel ini Insya Allah

Catatan Popular